Ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah, beberapa hari selepas pembukaan Makkah.
Sebabnya; apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin Hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan masalah di Makkah, Baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran itu, mereka berazam untuk memulakan dahulu peperangan dengan Baginda. Mereka telah melantik Malik bin Auf sebagai ketua. Pada hari tersebut dia baru berusia 30 tahun. Malik telah memerintahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. Dia mengarahkan demikian agar ia lebih mendorong mereka untuk terus berjuang. Bilangan pejuang mereka dalam pertempuran yang ditunggu-tunggu ini antara 20,000 hingga 30,000 orang. (more…)


