Safar mar'ah merupakan satu isu yang amat menarik untuk diperbincangkan dan diberi perhatian oleh semua pihak. Walaupun sebenarnya kini ia seolah-olah sudah tenggelam dalam kemelut kesibukan manusia menjuruskan diri dalam era teknologi maklumat.
Diriwayatkan daripada Ummu Hamidah isteri kepada Abu Hamid As-Sa’idi, sesungguhnya Ummu Hamidah telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, “ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku amat menyukai untuk bersolat bersama-sama kamu.” Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya :
قد أنك تحب الصلاة معى وصلاتك فى بيتك خير من صلاتك فى حجرتك و خير من صلاتك فى دارك وصلاتك فى دارك خير من صلاتك فى مسجد قومك وصلاتك فى مسجد قومك خير من صلاتك فى مسجدى. رواة أحمد
Walaupun Rasulullah tidak melarang wanita untuk ke masjid tetapi baginda menegaskan bahawa solat di rumah lebih afdhal bagi wanita daripada solat di masjid. Taujihad nabawi ini menjadi dalil bahawa Islam amat menyukai wanita menetap di rumah. Sekiranya Islam menggalakkan wanita keluar daripada rumah, nescaya baginda manggalakkan wanita berkunjung ke masjid kerana masjid merupakan tempat yang paling selamat dan aman daripada fitnah bagi seseorang wanita jika dibandingkan dengan tempat yang lain.
Peraturan yang ditetapkan oleh Islam supaya wanita melazimi rumah bukan bermakna Islam menegah secara mutlak seseorang wanita itu keluar daripada rumah. Islam mengharuskan wanita keluar daripada rumahnya hanya untuk memenuhi hajat dan keperluannya dengan syarat mereka menjaga batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syara’ ke atas mereka.
Sekiranya kita soroti arus kemodenan dan ketamadunan dewasa ini memang kita dapati wanita keluar daripada rumah dengan pelbagai sebab, antaranya untuk melengkapkan thaqafah dan ilmu pengetahuan, bekerjaya, berpesatuan dan sebagainya. Mereka telah diberi peluang seluas-seluasnya untuk mencernakan bakat, kekreatifan dan kemahiran dalam bidang yang mereka minati dan ceburi berlandaskan hudud-hudud Ilahi. Namun demikian Islam tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka bermusafir tanpa memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syara’. Kita melihat dalam bidang kerjaya seseorang wanita perlu mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan bertunjangkan Al-Quran, As-Sunanh dan Maqasid Syariah:
• Hendaklah wanita tersebut mendapat keizinan daripada walinya (bapa atau datuk) atau suaminya untuk keluar bekerja.
• Pekerjaan yang hendak dilakukan itu adalah pekerjaan yang diharuskan oleh syara’.
• Hendaklah melazimi adab-adab yang ditentukan oleh syara’ sebagai seorang wanita muslimah, meliputi pemakaian, gaya berjalan, percakapan, pandangan dan segala gerak geri.
• Pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawab dan tugas-tugas asasinya terhadap suami dan anak-anak serta pengurusan rumahtangga.
• Tidak bertentangan dengan fitrah mereka yang lembut seperti bekerja sebagai buruh binaan, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki.
• Tidak menyebabkan penguasaan wanita ke atas kaum lelaki.
• Berusaha menjauhi kerja yang boleh berlaku khalwat atau ikhtilat.
Demikianlah beberapa syarat yang telah digariskan oleh para ulama. Ia mesti dijaga oleh setiap wanita yang ingin bekerja di luar. Begitu juga dengan pemerintahan, mereka mesti memastikan syarat-syarat tersebut dipenuhi dan dijalani agar tidak timbul kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan masyarakat di kemudian hari akibat pengabaian terhadap syarat-syarat tersebut. Segala syarat yang diutarakan tersebut bukan terhad di bidang kerjaya semata-mata tetapi turut merangkumi seluruh amal Islami yang dilakukan oleh kaum wanita.
DEFINISI DAN KLASIFIKASI SAFAR MAR’AH
Definisi:
Makna permusafiran dari segi bahasa yang terkandung di dalamnya ialah perpindahan dari negeri ke satu negeri atau dari satu negara ke satu negara.
Klasifikasi:
1. Permusafiran ketaatan – seperti haji dan jihad.
2. Permusafiran harus – seperti berniaga.
3. Permusafiran maksiat – menyamun.
Dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali Rahimullah mengklasifikasikan permusafiran kepada empat kategori iaitu:
Musafir dalam menuntut ilmu, iaitu samada wajib atau sunat bergantung kepada ilmu tersebut adakah ia wajib atau sunat untuk dituntut.
Musafir kerana tuntutan haji dan jihad iaitu merupakan musafir kerana ibadah.
Musafir kerana ingin lari daripada perkara yang membawa keburukan kepada badan seperti taun ataupun keburukan pada harta contohnya seperti harga tepung yang mahal atau apa sahaja yang seumpama dengannya.
Kemudian Al-Imam mengatakan pula bahawa safar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Musafir yang dikeji.
Haram: contohnya hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan lari kerana derhaka kepada kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya.
Makruh: contohnya lari dari negara yang dilanda taun.
2. Musafir yang terpuji.
Wajib: contohnya menunaikan haji dan menuntut ilmu yang mana ia adalah suatu kefardhuan ke atas setiap muslim.
Sunat: contohnya menziarahi ulama dan warisan ulama silam.
3. Musafir yang diharuskan.
Contohnya keluar bermusafir untuk memenuhi keperluan hidup seperti berniaga dan mengajar dan sebagainya.
Dalam kitab Mufassal Fii Ahkam Al-Mar’ah menjelaskan bahawa permusafiran wanita semata-mata kerana menuntut ilmu adalah diharuskan samada menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat. Walaubagaimanapun ia menjadi wajib sekiranya berkaitan dengan fardhu kifayah dalam keadaan tiada seorang pun mempelajarinya dalam sesebuah negara ataupun bandar. Antara syarat untuk wanita bermusafir:
• Bermusafir untuk keperluan atau kemaslahatan mengikut syar’ie, maka wanita dibolehkan bermusafir walaupun melepasi sempadan sesebuah negara. Ketika itu juga tiada sekumpulan manusia yang dapat menyampaikan ilmu yang diperlukan itu. Contohnya dalam perubatan sakit puan penglibatan wanita adalah amat dituntut.
• Permusafiran tersebut mestilah ditemani oleh mahramnya atau suaminya sekiranya telah berkahwin, tidak memadai oleh sekumpulan wanita yang dipercayai mengikut pendapat sesetengah ulama dengan berhujahkan bahawa wanita yang dipercayai itu hanyalah mempunyai ikatan persaudaraan dalam aqidah bukannya mempunyai hubungan persaudaraan darah. Berbeza juga dalam bab haji yang terikat pada tempoh-tempoh tertentu sedangkan menuntut ilmu memerlukan jangka masa yang panjang dan pemerhatian daripada mahramnya memang sewajarnya dilakukan.
Dalam tafsir Al-Qurtubi sekitar ayat 100 daripada Surah An-Nisa’ dalam masalah ke-5 menyebut bahawa ulama telah mengkategorikan permusafiran tersebut kepada dua kategori iaitu situasi dan tuntutan:
SITUASI
1. Hijrah iaitu keluar dari negara musuh ke negara Islam atau keluar dari tempat peperangan ke tempat yang aman sejahtera. Ia merupakan perkara fardhu semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan hijrah sebegini masih lagi difardhukan hingga hari kiamat.
2. Keluar dari negara yang mengamalkan bidaah.
3. Keluar dari negara yang banyak mengamalkan perkara yang haram. Adapun keperluan kepada yang halal merupakan perkara fardhu ke atas setiap muslim.
4. Lari daripada kebinasaan kepada badan.
5. Bimbang dijangkiti penyakit dalam sesebuah negara yang diserang wabak penyakit kecuali taun kerana Allah SWT telah melarang kita dari lari daripada penyakit taun.
6. Lari kerana takut kebinasaan pada harta. Sesungguhnya harta muslim itu haram dimusnahkan seperti haramnya darah seorang muslim.
TUNTUTAN
1. Musafir untuk mencari pengalaman dan kematangan hidup.
2. Musafir untuk menunaikan haji.
3. Musafir untuk jihad fii sabilillah.
4. Musafir untuk mencari rezeki atau menyambung kehidupan.
5. Musafir untuk menjalankan urusan perniagaan.
6. Musafir untuk menuntut ilmu dan menambahkan thaqafah.
7. Musafir untuk menziarahi sahabat semata-mata kerana Allah SWT.
HUKUM SAFAR MAR’AH
Sebelum kita mengupas tajuk di atas kita perlu mengetahui bahagian-bahagian safar terlebih dahulu. Bahagian-bahagiannya ialah:
• Safar wajib
• Safar sunat
• Safar harus
SAFAR WAJIB
Iaitu safar untuk menunaikan fardhu haji, sebahagian ulama menyatakan bahawa jihad dan menuntut ilmu juga dikira sebagai musafir wajib. Pendapat-pendapat ulama dalam masalah ini:
Al-Hanafiah – perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram, perempuan tersebut tidak diwajibkan menunaikan haji.
Al-Jaafariah – tidak disyaratkan bersamanya suami atau mahram ketika safar tetapi disyaratkan adanya aman dan thiqah jalan. Oleh itu, seseorang perempuan boleh menunaikan haji seorang diri tanpa suami atau mahram jika aman.
Hanabilah - disyaratkan adanya suami atau mahram. Jika seseorang perempuan bermusafir untuk menunaikan haji tanpa suami atau mahram, hukumnya berdosa tapi hajinya sah.
Az-Zaidiah - adanya suami adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi bukan syarat wajib (sekiranya syarat wajib cukup, perempuan tersebut tidak boleh bermusafir kerana syarat untuk melaksanakan haji belum sempurna walaupun syarat wajib telah cukup). Ini bermakna dibolehkan mengerjakan haji pada tahun hadapan sekiranya ada mahram atau suami. Syarat tersebut hanya tertakluk kepada perempuan muda.
Az-Zohiriah – perempuan yang tiada suami atau mahram wajib melakukan haji kerana umum ayat maka berdosa sekiranya dia tidak menunaikan haji berdasarkan ayat tersebut.
Imam Malik – tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dithiqahi bahkan disyaratkan aman bagi dirinya. Adalah makruh bagi seorang wanita yang bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan wanita itu menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.
As-Syafie – tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dithiqahi kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.
SAFAR SUNAT
Iaitu samada haji dan umrah sunat, ziarah menziarahi, urusan perniagaan dan sebagainya. Menurut pendapat ulama:
Segolongan ulama menyatakan harus seseorang wanita keluar bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.
Jumhur ulama menegaskan tidak harus kecuali bersama suami atau mahram berdasarkan hadis-hadis yang sahih.
Al-Qadhi menyatakan bahawa ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh keluar bermusafir selain daripada haji dan umrah tanpa mahram kecuali untuk tujuan hijrah dari negara kafir ke negara Islam.
Al-Qadhi Iyadh menyatakan tidak boleh perempuan muda tanpa mahramnya adapun perempuan tua yang telah mengalami putus haid boleh bermusafir pada bila-bila masa tanpa suami atau mahramnya. Pendapat ini turut disokong dalam kitab Al-Qura yang dikarang oleh Mustafa Al-Hilbi.
SAFAR HARUS
Contohnya musafir kerana melancong ke sesebuah tempat. Safar harus ada dua keadaan:
Bermusafir secara berkumpulan samada ditemani oleh perempuan yang dipercayai atau suaminya.
Musafir seorang diri.
Musafir bersama orang lain (bukan suami atau mahram); hukumnya jika terdapat bahaya disepakati oleh ulama hukumnya haram. Sekiranya tiada mudharat, maka di dalam masalah ini terdapat kekhilafan yang akan kita perbincangkan. Jumhur ulama tidak membolehkan perempuan dalam safar harus kerana berdasarkan hadis-hadis yang sorih (jelas).
Syeikh Sya’rawi, Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Syeikh Abdullah Jabra’in iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Saudi menyatakan boleh dan ia tidak haram. Kata Syeikh As-Sya’rawi, “Apabila keamanan terjamin melalui mana-mana cara atau wasilah, tidak dihalang bagi seorang perempuan untuk bermusafir sekalipun seorang diri terutama di zaman ini, di mana sistem pengangkutan amat menyelesakan serta wujud ciri-ciri keselamatan ke atas maruah dan adab kesopanan seorang perempuan”. Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata di dalam كيف نتعامل مع السنة dan والصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف, “Apabila kita melihat kepada safar pada zaman ini dengan segala kemudahannya, kita akan mendapati ia seperti kapal terbang yang dapat memuatkan beratus-ratus penumpang yang membawa manusia dari satu negara ke satu negara yang lain dalam waktu yang singkat. Oleh yang demikian, tidak perlu dibimbangkan tentang keselamatan seseorang perempuan apabila kaum keluarganya menghantar ke lapangan terbang dan perempuan itu disambut oleh kaum keluarganya di destinasi yang ditujunya. Tambahan pula perempuan itu menaiki kapal terbang bersama penumpang yang dithiqahi.
Perkara ini telah ditegaskan oleh kebanyakan fuqaha di dalam safar wanita untuk menunaikan fardhu haji, di mana mereka mengharuskan perempuan bermusafir untuk menunaikan haji bersama perempuan-perempuan atau rombongan yang dithiqahi. Maksud Dr. Yusof Al-Qardhawi sebagaimana ulama yang lain membolehkan perempuan bermusafir tanpa mahram atau suami jika terjamin keamanannya.
Syeikh Jabrain menyatakan terdapat hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram kerana pada zaman Nabi untuk pergi ke suatu tempat memerlukan seseorang itu merentasi padang pasir dan keadaan ini membahayakan kepada seorang wanita. Pada zaman sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Oleh itu bolehlah perempuan bermusafir tanpa mahram jika terjamin keamanannya.
Pendapat Ustaz Nuruddin Hafizohullah, jika kita membaca buku karangan beliau tentang safar mar'ah, kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau berpegang teguh kepada zahir hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram secara mutlak. Hadis-hadis tersebut adalah hadis yang kuat dan sorih.
Adakah ia disepakati oleh 4 mazhab?
Setakat yang kita temui, pendapat yang melarang perempuan yang bermusafir tanpa mahram atau suami adalah pendapat jumhur ulama. Ia terdapat di dalam kitab Ahkamul Ahkam Bisyarhi Umdatul Ahkam oleh Ibnu Daqiq Al-Aid:
قال بعض المالكية لفظا المرأة – لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر ان تسافر مسيرة يوم وليلة إلا معها حرمة
Ini dikhususkan untuk perempuan muda sahaja. Bagi perempuan tua yang tidak diingini ia tidak termasuk di dalam larangan tersebut. Oleh itu perempuan tua boleh bermusafir ke mana-mana sahaja yang diingini walaupun tanpa suami atau mahram dengan syarat keselamatannya terjamin.
Imam Syafie juga bersetuju dengan pendapat ini dan mengatakan perempuan boleh bermusafir dalam keadaan aman tanpa berhajat kepada seseorang pun untuk bersamanya samada suami ataupun mahram dengan syarat ia bersama-sama rombongan.
Berbalik kepada soalan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang membolehkan wanita bermusafir tanpa mahram dan suami dalam keadaan aman itu, mereka berpegang kepada ilah hukum iaitu Rasulullah melarang perempuan bermusafir tanpa suami atau mahram disebabkan perempuan mudah diganggu.
Hukum: Haram bermusafir
Ilah : Diganggu
Di dalam masalah ini ulama membuat satu kaedah iaitu:
العلة تدور مع الحكم وجودا وعدما
Ilah itu akan berjalan dari segi ada atau tiada; ada ilah ada hukum, tiada ilah maka gugur hukum. Tiada bahaya boleh musafir, ada bahaya haram bermusafir.
Adapun mereka yang berpegang kepada zahir nas, hukumnya tetap haram samada ada kemerbahayaan atau tidak.
Perlu diketahui bahawasanya kedua-dua golongan di atas yang berpegang kepada zahir nas memerlukan tidak mungkin dapat menyelesaikan kekhilafan yang berlaku di antara mereka. Ini menentukan تعبدى atau معقول المعنى kepada ijtihad, maka lain mujtahid lainlah ijtihadnya.
Fatwa Dr. Yusof Al-Qardhawi: Ia adalah sesuatu fatwa yang mempunyai sandaran berdasarkan kepada Usul Feqah yang melibatkan perkara roh tasyri’. Kita yang jahil tentang perkara ini jangan terlalu berani mengatakan fatwa ini ditolak oleh ulama atau Dr. Yusof Qardhawi orang yang kurang thiqah atau lain-lain.
Kesimpulannya, perkara yang disepakati ini adalah dalam masalah safar harus. Sekiranya membawa mudharat kepada perempuan itu dalam musafirnya samada bersama suami, mahram atau perempuan-perempuan yang dithiqahi, maka hukumnya haram. Perkara khilafnya, jika aman maka berlaku kekhilafan di kalangan ulama. Wallahuallam.
PENDAPAT DR. YUSOF AL-QARDHAWI
Hukum yang asal di dalam syarat Islam, seseorang wanita itu tidak boleh bermusafir seorang diri, bahkan wajib ditemani oleh suami atau ada mahram bersamanya.
Hadis Rasulullah SAW “Wanita tidak boleh bermusafir melainkan ada muhrim bersamanya”. Sebuah hadis marfu’ daripada Abu Hurairah pula bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat bermusafir satu hari satu malam dalam keadaan tidak ada muhrim bersamanya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada Abi Said, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang bermusafir selama dua hari tanpa ditemani oleh suami atau mahramnya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebuah hadis lain daripada Ibnu Umar ra bermaksud “Janganlah kamu (wanita) bermusafir selama 3 malam tanpa ditemani mahram”. (riwayat Muttafaqun ‘alaih).
Manakala Abu Hanifah menguatkan hadis Ibnu Umar yang terakhir dengan pendapat bahawa tidak perlu ada mahram kecuali untuk perjalanan yang membolehkan sembahyang qasar.
Hadis-hadis ini merangkumi semua aspek samada musafir yang wajib atau musafir kerana berziarah, berniaga, menuntut ilmu dan sebagainya.
PENDAPAT ULAMA
Sebahagian daripada ulama berpegang dengan zahir hadis yang telah disebut bahawa haram bermusafir tanpa mahram sekalipun musafir untuk menunaikan haji yang difardhukan dan tidak ada pengecualian di dalam masalah ini.
Sebahagiannya pula mengecualikan wanita tua yang tiada syahwat sebagaimana pendapat Al-Qadhi Abi Al-Walid Al-Yaji yang bermazhab Maliki. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Daqiq Al-‘Id, asalkan mereka (wanita tua) menjaga syarat-syarat yang menjadi kebiasaan bagi wanita.
Ibnu Muflih dalam bukunya Al-Furu’ berpendapat bahawa wanita yang aman di tengah jalan boleh menunaikan haji tanpa muhrim. Ini dikhususkan bagi musafir yang wajib. Pendapat ini diambil oleh Al-Karabisi daripada Imam Syafie dalam bab haji sunat. Sebahagian ulama pula menyatakan boleh juga pada perjalanan yang tidak wajib seperti berziarah atau berniaga.
ما رواه البخارى وغيره عن إبن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلام لا تسفر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا معها محرم
عن ابى هريرة مرفوعا : لا يحل مرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر فى مسيرة يوم وليلة ليس معها محرم
عن إبن عمر : لا تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم
ADAB-ADAB BERMUSAFIR
Disunatkan wanita yang bermusafir bermesyuarat dengan orang yang dithiqahi (dipercayai dan dikagumi) kerana agamanya, pengalamannya dan ilmunya tentang musafir. Bukan tertakluk kepada tujuan asal bermusafir kerana haji, umrah, ziarah dan sebagainya. Dan sewajibnya orang yang dithiqahi itu berperanan untuk menasihati tanpa dibayangi oleh hawa nafsu dan keberuntungan diri. Sesungguhnya bermesyuarat itu lebih membawa kebaikan dan kesempurnaan apatah lagi agama itu adalah nasihat.
Apabila berazam untuk bermusafir maka seharusnya bagi musafir untuk beristikharah kepada Allah SWT. Mafhum hadis: “Daripada yang membahagiakan anak Adam ialah istikharah kepada Allah (perkara yang dipilih oleh Allah) dan daripada perkara yang menyusahkan anak Adam ialah meninggalkan apa yang dipilih oleh Allah”.
Istikharah ini bukan kepada tujuan yang dimaksudkan daripada musafir kerana hukumnya dimaklumi. Sesiapa yang ingin beristikharah hendaklah sembahyang dua rakaat kemudian hendaklah berdoa dengan doa yang masyhur kemudian melapangkan dadanya selapang-lapangnya dengan tidak berdasarkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Hendaklah sentiasa mengulanginya sehingga terhasil kelapangan tersebut.
Menggabungkan antara istikharah dan istisyarah (nasihat orang yang thiqah) adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua cara tersebut maka pilih istikharah. Tidak patut menyandarkan istikarah kepada sesuatu yang lain seperti kata-kata nujum atau melihat kepada bulan bintang.
Apabila tetap keazamannya untuk bermusafir maka mulailah dengan bertaubat daripada dosa-dosa kemaksiatan sebagaimana termaktub syaratnya di dalam kitab feqh iaitu bertaubat sebelum bermusafir.
Meninggalkan sesuatu untuk keluarganya dan sesiapa yang lazim baginya menafkahinya, nafkahkan mereka sehingga kembalinya daripada musafir dan tidak mengambil baki nafkah dan segala pembiayaannya kecuali dengan baik dan halal. Dan hendaklah mengambil sesuatu yang menyenangkannya dan sahabatnya ketika musafir.
Hendaklah meminta keredhaan ibubapa dan memohon daripada keduanya keizinan untuk bermusafir. Sekiranya dia seorang isteri, hendaklah meminta izin daripada suaminya dan kaum kerabatnya. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak musafir seorang perempuan kecuali dengan izin suaminya”. Dan haram bermusafir dalam edah sebelum berakhir tempoh edahnya.
Disunatkan baginya untuk mencari seorang teman yang soleh penyuruh kepada kebaikan dan penegah kepada keburukan. Sekiranya dia lupa akan diperingatkan dan sekiranya diperingatkan pasti akan menolongnya. Lebih mudah sekiranya dia seorang ahli ilmu kerana ilmu itu adalah sebagai satu nikmat dan cagaran sebagai pedoman perjalanan.
Sunat untuk bermusafir pada hari Khamis sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Nabi SAW keluar pada peperangan Tabuk pada hari Khamis, sesungguhnya baginda menyukai keluar pada hari Khamis”. Sekiranya luput, maka pada hari Isnin. Sekiranya luput, maka pada hari Sabtu. Disunatkan keluar pada waktu pagi sebagaimna diriwayatkan daripada hadis Sakhar Al-Ghamidi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Wahai Tuhanku berkatilah umatku pada paginya baginda apabila menghantar tentera, baginda menghantarnya pada awal pagi”. Manakala Sakhar pula adalah seorang pedagang dan beliau mengirim barang dagangannya pada awal hari. Sesungguhnya dia seorang yang kaya dan banyak hartanya.
Sunat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya, jirannya dan teman-teman agar mereka mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila ingin bermusafir, baginda datang kepada sahabatnya lalu mengucapkan salam ke atas mereka dan apabila kembali daripada musafir, mereka datang kepada baginda dan mengucapkan salam ke atas baginda. Maka sunat bagi orang yang hendak bermusafir untuk mengucapkan selamat tinggal dan memperoleh doa daripada mereka kerana ia merupakan contoh tauladan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Patut baginya untuk sentiasa ditemani oleh enam benda. Daripada Aisyah ra “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika bermusafir selalu membawa bersama-sama baginda beberapa benda iaitu cermin, celak, gunting, sugi dan sikat. Dalam riwayat lain pula menyatakan bahawa enam benda iaitu cermin, buli-buli (bekas air), gunting, celak, sugi dan sikat.
Sunat apabila hendak keluar daripada rumah bersembahyang dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama selepas fatihah, Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Surah Al-Ikhlas.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak meninggalkan seseorang akan keluarganya terlebih afdhal daripada dua rakaat di sisi mereka ketika musafir”.
Disunatkan membaca ayat Qursi selepas salam dan Surah Al-Fiil. Telah datang Atsar daripada Salaf “Sesiapa yang membaca ayat Qursi ketika keluar rumah tidak akan menimpanya sesuatu yang mencelakakannya sehinggalah dia kembali ke tempat tinggalnya”.
Sepatutnya bagi si musafir untuk bersedekah ketika keluar, begitu juga dia lakukan di antara setiap pihak yang berhajat padanya atau hajat yang hendak ditunaikannya atau ketakutan yang hendak ditenangkannya atau selain daripada itu kerana yang demikian itu padanya dapat menghasilkan maksud dan menolak kemudharatan.
Rujukan:
1. احكام السفر للنسأ – عمرو عبد المنعم سليم
سفر المرأة – محمد نور الدين مربو بنجر المكى.2
صحيح مسلم بشرح الإمام النووى.3
إحيأ علوم الدين – للغزالى.4
سبل السلام - للغمام محمد بن إسماعيا اليمن الضعانى.5
نيل الأوطار – الإمام السؤكانى.6
فتاوى المعاصرة – الدكتور يوسف القرضاوى طه.7
من وصايا الرسول (ص) – طه عبدالله العفيفي م الثانى.8
المفصل فى الأحكام المرأة – الدكتور عبد الكريم زيدان.9
قضايا المعاصرة سفر المرأة – الأستاذ ترميذى طه.10
Wallahu'alam....











Betul tu memang banyak kebaikkan durian belanda nie, tak percaya cubalah :)
Memang sedap durian belanda ni tapi susah nak dapatlah pula..
Sila dapatkan durian belanda dengan puri asli kelantan di talian 019-9904502
Pernah juga makan buah nie dulu memang sedap, tapi tak tahu lah pula byk khasianya
Sekarang ……1 kilo buah ni dah mencecah RM 10/kg
Assalamualaikum..
sy nk tnye cmne cara utk mkn durian belanda ni utk merawat kanser otak..
please answer me..URGENT..
Adakah ubat ini benar membantu memberhentikan kanser cell dari terus aktif ? Ada testimoni atau bukti buah ini membantu pesakit kanser sembuh ? sedang mencari penawar untuk kanser hati stage 4. Harap dapat beri penjelasan. Boleh contact sy yanacool2001@yahoo.com
Kami mempunyai banyak produk berkaitan durian belanda…sila hubungi saya di talian 019-9904502 qudus
Informasi yang sangat menarik untuk di ketahui bersama… Bagi anda yang ingin mengetahui ubat yang mampu merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser yang dialami anda dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan anda bolehlah layari website di bawah ini sekarang…
http://bit.ly/ubatkanser
Saya pun suka makan durian belanda ni. Rasanya masam manis. Sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas !
Kami mempunyai banyak produk berkaitan durian belanda…sila hubungi saya di talian 019-9904502 qudus
Pls wassap sya. Nk thu psal lbh lnjut. 0132950104
terimaksh atas info yg telah saudara beri..sy bapa pd sorg anak yg menghadapi kanser darah(pre b all),,amat sukar utk sy menilai keberkesanan buah durian belanda tersebut, ini di sbd kan sy tidak dan pernah memberi anak sy memakan buah tersebut..ada antara hamba allah telah mencuba dan telah berhasil utk mengawal dan hilangakan terus kuman kanser ini tlg berikan komen anda!!!
saya tunggu komen anda/adhamkharis68@gmail.com
Anak saya disahkan mengidap cancer tulang.. Saya harap buah ini dpt menyelamatkan tulang anak saya itu dengan izin Allah..
InsyAllah boleh. Mkn buah.. Dan amalkan solat tahjud hajat mlm n baca yasin. Sihat sakit dtg drNya. Minta padanya. Allah uji hambanya untuk lihat iman n takwa hamba2Nya.. Untuk anak doa ibulah sbg penawarnya. #InsyAllah.
Kami mempunyai banyak produk berkaitan durian belanda…sila hubungi saya di talian 019-9904502 qudus
Cara hendak ubat kanser..antaranya.ada pantang larangnye dan ada benda yg kena makan..maklumat lanjut sila baca Pages saya Puri Durian Belanda MAHER.Terima kasih
Assalamualaikum, saya dari Brunei menghilangkan penyakit yang disyaki kanser dan ukuran sel nya sangat besar.
Saya minta tolong Allah melalui tuan untuk membantu saya.
No telp saya +673 710 4898
Terima kasih. Assalamualaikum
Macam mana cara untuk makan buah ni..kena campur apa?..kawan sya mengalami kanser usus..boleh jelaskan?
cuba amalkan pati durian belanda secara konsisten untuk lihat kesan selepas sebulan ke dua bulan… boleh dapatkan melalui saya…
Stokis Platinum Durian Belanda
019 495 2560
Nak daptkn cara hilangkn tumor .sys atau whassap sya.
Thankz atz info.slme niey sy mkn..tpy xtaw r plox bnyk khasiat.ibu sy mnghidap pnykit knser air dlm pru2..
Kami mempunyai banyak produk berkaitan durian belanda…sila hubungi saya di talian 019-9904502 qudus
Gabungan rawatan terbaik secara holistik utk pesakit kanser (semua jenis kanser & leukemia).Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre 0196676236 -Dr Wan
Kami mempunyai banyak produk berkaitan durian belanda…sila hubungi saya di talian 019-9904502 qudus
Asslmmualaikm..sy pn.frh dri muar johor..sy nk tnye tiada kesan ngtif ke jika mkn durian belanda utk knser usus thap 3??cntoh kbnyk kn ubt mmberi effect kpd buah pinggag..adkah durian belanda tiada effct kpd usus??
Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.
memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm150 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh…daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
..
.merawat dan membaik pulih…jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi….hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
kalau pesakit kanser otak tahap 4 dan sekarang mc d wad icu bagaimana pendapat tuan?mohon d beri nasihat segera.
sy mengidap kanser buah pinggang sebelah kanan… ada kesan sampinagan x?
sy mengidap kanser buah pinggang sebelah kanan… ada kesan sampinagan x?
0135677368
saya mempunyai kawan yang menghidap penyakit kanser di jantung. Adakah buah ni dapat membantu. Adakah ia telah trbukti ia adalah penawar penyakit kanser. Jikalau ia btul bagilah saya tip mnolong kwan saya.
Sharing dari saya sebagai alternatif dan usaha dalam merawat penyakit kanser dan masalah kesihatan yang lain.. Jom tonton dan Like video ini..
https://www.youtube.com/watch?v=QClZFUDD3nE
Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Kanser Hati Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat…
Untuk Maklumat Lanjut Anda Boleh Layari Website Di Bawah Ini Sekarang..
Banyak soalan yg tak dijawab lg ni wahai admin, jika benar maklumat yg diberi, sila kn jawab soalan yg di tanya tu.. jgn beri maklumat yg tidak tahu benar atau tidak, ini melibatkn nyawa orang.. tq
Hi salam tunang sy mnghidap kanser paru2 tahap 1 saya nk sgt tahu ubat apa yg pling berkesan … tolong kalau sapa2 tahu tinggalkn message kt email sy …
annie_laniel@yahoo.com
mcm mana cara mkn buah durian belanda tu?ibu sy menghidap kanser rahim tahap 4..ada kesan sampingan tak?
info yang menarik
Saya sendiri trkna memhdapi pyakit cancer darah putih,rambut pun ambis gugur tapi sakrng ini dah bnyk tumbuh balik dah
berapa lama di perlukan untuk sembuh dari penyakit canser tahap 4 sekiranya pesakit hanya bergantung pada pernafasan bantuan dalam wad icu??
sekiranya Doktor tidak dapat lagi bagi jaminan pesakit kanser otak dan hanya menunggu saat kematian, adakah pihak syarikat tuan dapat bekalkan ubat tersebut?
sekiranya Doktor tidak dapat lagi bagi jaminan pesakit kanser otak dan hanya menunggu saat kematian, adakah pihak syarikat tuan dapat bekalkan ubat tersebut?
Nak mkn mcm biasa je ke durian belanda tu? Atau nak rebus ke atau mcm mna? Rep fast pls