≡ Menu

Kadar Pinjaman ASB Terkini – Maybank RHB CIMB

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Pinjaman ASB Maybank, Pinjaman ASB CIMB, Pinjaman ASB RHB, loan asb, syarat pinjaman asb, loan asb untung atau rugi, loan asb maybank, loan asb cimb, kelayakan asb loan, asb loan rhb, cara simpanan asb, apa itu asb loan,

    Salam sejahtera semua, korang nak kalau setiap tahun dapat pulangan sehingga belas-belas ribu? Di Malaysia ni tak pelik ya, kita ada bermacam-macam pelaburan. Ada yang dalam bentuk simpanan tetap ,ada yang dalam bentuk pengurusan kewangan dan pelbagai lagi. Namun apa yng admin nak ceritakan hari ini bukanlah pelaburan yang asing lagi dalam kalangan kita. Korang pernah tak terfikir orang tua kita mesti ada pernah sebut pasal ASB? Tahu ke apa itu ASB?

    Ha, mari admin kupas sedikit sebanyak tentang ASB ni. aSB atau nama lainnya Amanah Saham Bumiputra Berhad. Kenapa Bumiputra? Sebab ianya dikhaskan dan hanya bumiputra sahaja yang layak untuk melabur. Maknanya kalau kad pengenalan korang tu bukan warna biru memang tak boleh la ya.

    Ianya khas untuk bumiputra sahaja, imigran ataupun bermastautin tidak boleh sama sekali. Mari kita rujuk lebih mendalam, ASB ini dikeluarkan atau diasaskan pada tahun 1990 dan ianya adalah dana pelaburan khas melalui individu ataupun institusi kepada peebankan yang dilindungi PIDM. Banyak je bank bumiputra yang ada PIDM sekarang ni & setiap daripadanya mesti ada ASB. Cuma berbeza kadar pinjaman dan pelaburan sahaja.

    Tujuan pelaburan ini dibuat adalah untuk merangka kewangan individu ataupun institusi untuk jangkamasa panjang. Ya benar, jangkamasa panjang ya maknanya bukanlah setahun dua, tapi sehingga 20 tahun. Sabar je lah. 20 tahun tak lama tak cepat, tapi kalau bermula sekarang korang boleh nampak hasilnya untuk masa depan nanti. Tengok-tengok dah nak pencen nanti ada hasil puluh-puluh ribu. Sedar tak sedar sebenarnya pernah melabur dalam ASB.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Itulah kelebihan pelaburan jangkamasa panjang ni. Tak perlu fikir, letak duit tunggu sahaja. Pendapatan pasif. Tetapi, kena faham ASB ada dua ya, satu melalui pelaburan yang mana kita keluarkan modal dan daftar akaun pelaburan ASB dengan bank, manakala yang kedua pula ialah kita pinjam modal dengan bank.

    Purata belian unit ASB adalah dari RM200,000. Bukanlah maksudnya kena labur RM200,000 tetapi itulah maksimumnya. Kalau individu, kita ada had sehingga RM200,000 untuk membuat pelaburan ASB dengan kadar belian 1 unit sama dengsn RM1. Bagi pinjaman pula, dana tahunan boleh dibuat dengan sekurang-kurangnya RM10,000 setahun. Bermakna, pinjam dengan bank RM10,000 buka akaun ASB kemudian bayar bulanan dekat bank. Kadar pinjaman ini berbeza-beza mengikut purata semasa dan juga faedah yang dibiat oleh bank. Kalau komitmen tak lepas, elok lah pinjam sedikit dahulu.

    Kita boleh buat pinjaman minima RM10,000. Kalau tak mampu bayar setahun, buat la untuk 2 atau 3 tahun. Hasilnya tetap ada dan tak perlu keluar modal yang banyak pada satu masa untuk buat pinjaman.

    Agihan ataupun dividen. Dividen adalah peratus keuntungan pelaburan mengikut margin semasa kita di dalam akaun pelaburan. Dalam pelaburan ASB, dividen dibayar secara tahunan dengan kadar yang tidak tetap ya. Maknanya kalau tahun ni ekonomi cantik, bank pun banyak untuk boleh dapat sehingga 12%.

    Kalau ikut pada tahun lepas punya, yakni yang terbaharu, kadar dividen adalah 5.5%. cukuplah tu setimpal dengan pelaburan kita. Lagipun kita tak perlu buat apa dengan duit kita tu, simpan sahaja. Cukup setahun dapat pulangan. Tiap-tiap tahun dapat kan seronok tu.

    Jadi, macam mana pendapat anda? Berbaloi ke tidak? ASB ni kita jangan letak sebagai komitmen ya. Berikut merupakan kadar pinjaman semasa daripada berlainan bank untuk pinjaman ASB. Bagi maybank, kadar faedah adalah sebanyak 3.25%, RHB 4%, CIMB 4.05%, Affin Bank 4.05%, BSN 4.1%, dan Ambank sebanyak 4.35%.

    Setiap institusi kewangan mempunyai kadar faedah yang berbeza namun tahap maksimum tahun pinjaman yang sama iaitu 30 tahun. Jadi, korang pilihlah dengan bijak ye. Jangan sekadar tengok kadar faedah pinjaman, ambil tahu juga apa kelebihan meminjam di bank-bank tersebut. Yang paling penting kita kena bijak dalam pelaburan, barulah hasilnya lumayan.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment