”Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti… pot.. pet.. pot.. pet….. ” leter isteri kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing. (more…)
Blog
-
Buka Hijab Melihat Jin (Makhluk Halus)
Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27) (more…)
-
Talqin Banduan Terakhir
Cerita Terakhir Banduan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
2 tahun sebelumnya.
“Mahkamah mendapati tertuduh gagal membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Akta 39B Akta Dadah Merbahaya, kamu, Mohd Kamil Bin Haji Husin, dijatuhkah hukuman mati mandatori atas kesalahan mengedar dadah,” perintah hakim. Kamil tertunduk di kandang pesalah. Haji Husin terduduk membisu. Hajah Zaharah menitiskan air mata. Aisyah terjelepuk mendengar hukuman dijatuhkan terhadap suaminya. Seorang pegawai polis memimpin Kamil keluar dari kandang pesalah. (more…)


