Blog

  • Kisah Ketua Paderi Kristian Masuk Islam

    Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.

    BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. (more…)

  • Talqin Banduan Terakhir (Siri 2)

    “Kamil, kamu pergi pejabat, ambil fail dari Aza, bawak balik rumah ye,” ujar Datuk Sudin sambil menyerahkan kunci keretanya kepada Kamil.

    “Fail apa Datuk?” soal Kamil. Tangannya menyambut kunci kereta dari datuk Sudin.

    “Fail construction warna merah, kamu cuba tanya Aza, fail tu ada kat office ke tidak,” arah Datuk Sudin. Kamil mengangguk lalu beredar. Datuk Sudin menghirup tehnya. (more…)

  • Doa Penawar Daripada Rasulullah

    Doa-Doa Yang Dipetik Daripada Hadis-Hadis Nabi Muhammad s.a.w

    Dr. Wahbah Al-Zuhaili menyebut dalam kitab tafsirnya Tafsir Al-Munir (Jilid 30, ms 478) :

    “Kebanyakan para ulama mengharuskan minta pertolongan dengan membaca ayat-ayat ruqyah (pendinding/penawar) kerana baginda nabi S.A.W telah mengadu kepada malaikat Jibril tentang peristiwa baginda di sihir oleh orang yahudi lalu malaikat Jibril membacakan ayat-ayat ruqyah kepada nabi…” (more…)