Blog

  • Adakah Aku Masuk Syurga

    Daripada Abi Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Bagaimana pendapatmu jika aku melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa pada bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram serta tidak menambahkan selain itu sedikitpun, adakah aku akan masuk ke dalam syurga? Nabi SAW menjawap: Ya.”

    (Riwayat Muslim)

    Makna mengharamkan yang haram adalah menjauhinya sedangkan pula menghalalkan yang halal ertinya melaksanakannya dengan keyakinan akan kehalalannya, untuk ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah telah menetapkan bagi seseorang batasan-batasan, amalan-amalan dan larangan-larangan yang terkandung dosa jika mengingkarinya dan beroleh pahala jika melaksanakan segala perintah Allah Ta’ala , apabila seseorang itu memilih jalan yang di redai Allah syurga baginya, InsyaAllah. (more…)

  • Tidakkah Beruntung Menjadi Seorang Wanita Islam?

    “Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada wanita terlalu banyaknya”. “Kasihnya Allah SWT kepada wanita!” Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ‘layanan’ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

    Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri. (more…)

  • Fakta Mengenai Saka Yang Perlu Kita Tahu

    Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

    Saka adalah antara perbuatan Ilmu Hitam yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

    (more…)