Blog

  • Karikatur Nabi Muhammad Dan Draw Muhammad Day Adalah Penghinaan Terhadap Islam

    Karikatur Nabi Muhammad Dan Draw Muhammad Day

    Kali ini, ana akan mengupas serba sedikit mengenai dengan isu melukis gambar Nabi Muhammad. Dimana saban hari, kita mendengar umat Islam sentiasa di tindas di mana- mana, hatta kalau kita perhatikan dikebanyakan negara Islam yang dijajah seperti Iraq, Chechen, Palastin, Afganistan, kebanyakn umat Islam di perlakukan begitu kejam, diculik, dirogol, di bunuh, dihina dan di aibkan begitu sahaja seperti berlaku di penjara ABU GHARIB (IRAQ) dengan tanpa pembelaan dan di beri hak-hak kemanusiaan sewajarnya kepada mereka. Ini kerana mereka digelar semua sebagai ‘muslim’, adakah Umat Islam begitu senang dengan melihat perkara sebegini?? ataupun mengunakan istilah “biarkan, tak pe… bukan kita kena pun….”. (more…)

  • Amalan Khusus Agar Disayangi

    Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

    Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampoun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31) (more…)

  • Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran

    Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?

    Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

    Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma. (more…)