Blog

  • Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

    Keajaiban Hadis Lalat Mendahului Kajian Saintifik

    Pernahkah anda mendengar Hadith Rasulullah SAW mengenai Lalat,di dalam sebuah hadith Baginda SAW menjelaskan bahwa jika ada lalat yang jatuh ke dalam minuman, kita hendaklah mencelupkan lalat tersebut sepenuhnya ke dalam minuman kemudian membuangnya, kerana diantara salah satu sayapnya mempunyai racun dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penawar. (more…)

  • Polis Muslimah Pertama Bertudung Di Sweden

    DONNA Eljammal yang berusia 26 tahun, mencatatkan sejarah sebagai polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung ketika bertugas secara rasmi.

    Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis lama wujud sebelum dirinya memakai tudung.

    “Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain dan bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer,” katanya.

    Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi hampir mustahil, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, selepas beberapa perdebatan yang akhirnya membuka minda rakyat.

    Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza. (more…)

  • Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib

    Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib

    Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

    Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh. (more…)