Blog

  • Akibat Berzina

    ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. (more…)

  • Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

    Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

    “Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

    Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

    Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu. (more…)

  • Penemuan Saintifik Di Sebalik Hukum Sebat Peminum Arak

    Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.

    Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan. (more…)