Blog

  • Berhati-Hati Kaum Muslimah Ada Kamera Pengintip

    Berhati-Hati Kaum Muslimah Ada Kamera Pengintip

    Berhati-hatilah kepada muslimah sekalian, apabila anda menginap di hotel-hotel, chalet2, hostel atau tempat-tempat persinggahan / penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada disekitar bilik mandi atau bilik tidur. Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. (more…)

  • Kebenaran Al-Quran Misteri Binaan Piramid Terjawab

    Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

    Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya. (more…)

  • Arak Didalam Kek?

    Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

    “Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

    Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

    Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.

    Dengan itu saya berhenti kerja, disebabkan saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

    Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. (more…)