Blog

  • Tuntutan Solat Fardhu Berjamaah Menurut Hadis

    (2)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Hadis:

    Menurut Al-Hadith:

    Sebda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:

    صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً

    Bermaksud:

    “Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat”. Menurut riwayat yang lain: “dua puluh lima darjat”. Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. (more…)

  • Tuntutan Solat Fardhu Berjamaah Menurut Ulamak Feqah

    (3)Tuntutan Berjama`ah Menurut Ulamak Feqah:

    (Di bawah tajuk ini di jelaskan bagaimana ulamak feqh memahami perintah syarak atau amalan Rasulullah s.a.w. mengenai solat berjama`ah)

    Berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Hadith,ulamak berbeza pendapat berhubung dengan hukum solat fardu berjama`ah, oleh sebab percanggahan dalil-dalil pada perkara tersebut (Ibnu Rushd, Bidayah Al-Mujtahid), seperti berikut: (more…)

  • Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan Uzur Dari Solat Fardhu Berjamaah

    (1) Sakit; iaitu kesakitan yang menjadi keuzuran untuk hadir berjama`ah di masjid seperti demam panas, lumpuh, orang tua yang uzur dan seumpamanya. Dalil faktor ini ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas. Selain dari itu, Rasulullah s.a.w. ketika sakit, tidak hadir ke masjid dan berkata kepada sahabat: (more…)