(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) – seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah – ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu’akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy). (more…)
Blog
-
Kekeliruan Mengenai Solat Berjamaah
Sering wujud dalam masyarakat anggapan dan tanggapan yang keliru mengenai ibadah solat berjama`ah, seperti berikut:
(1) Solat berjamaah sekadar untuk mendapat pahala lebih semata-mata. Tidak ada apa-apa celaan atau kutukkan Allah S.W.T. atau RasulNya. Oleh yang demikian, siapa yang melakukannya ia mendapat kelebihan dan siapa yang tidak melakukannya ia sekadar tidak mendapat pahala sahaja (more…)
-
Solat Berjamaah Sebagai Agenda Tarbiyah
“Tarbiyyah” bererti pendidikan (education). “Tarbiyyah Islamiyyah” bererti pendidikan yang membina dan membentuk manusia menyedari dirinya sebagai hamba Allah S.W.T. (`abd) dan khalifah di bumi.
Solat lima waktu berjama`ah, selain dari mendapat pahala berganda dua puluh tujuh atau dua puluh lima kali ganda, solat berjama`ah mempunyai kebihan yang banyak, terutama dalam membentuk individu dan masyarakat. Tegasnya solat berjama`ah beperanan besar dalam arina tarbiah Islamiyah, iaitu dalam pendidikan pendidikan Islam peringkat individu maupun pendidikan kemasyarakatan. Di antara peranan solat dalam agenda tarbiyah adalah seperti berikut: (more…)


