Blog

  • Sejarah Sultan Abdul Hamid II

    Abdul Hamid II

    Sultan Abdülhamid II, Maharaja Uthmaniyyah, Khalifah Setia, (AKA: Abdul Hamid II atau Abd Al-Hamid II Khan Ghazi), (Turki Uthmaniyyah: عبد الحميد ثانی `Abdü’l-Ḥamīd-i sânî, bahasa Turki: İkinci Abdülhamit) (21/22 September 1842 – 10 Februari 1918) adalah sultan ke-34 bagi Empayar Uthmaniyyah. Baginda telah memerintah bermula pada 31 Ogos, 1876 sehingga dilucutkan daripada takhta pada 27 April, 1909. Pada zaman pemerintahan baginda, Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan kuasa dan wilayah. Abdul Hamid II merupakan sultan Uthmaniyyah terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak. (more…)

  • Cucu Rasulullah S.A.W

    Sesungguhnya kehidupan dan kematiannya merupakan gambaran yang indah dari insan yang mulia, penuh pengorbanan, iffah, suci, jiwa yang tenteram dan bersih. Patut baginya memperoleh kedudukan yang tinggi di dunia dan di akhirat, kerana dia adalah cucu Rasulullah SAW putera Saidina Ali ra. dan Fatimah Az-Zahrah, serta saudara kandung Husein, penghulu para syuhada. Layak pula baginya memperolehi tempat yang mulia di antara orang-orang soleh, kerana beliau meninggalkan jabatan khalifah dengan cara bermandikan darah para syuhada. Beliau mengutamakan meninggikan bendera Islam sebagai ganti mengumandangkan teriakan perang. Hatinya memancarkan rahmat, kasih sayang, kalbunya diliputi dengan perasaan kasih, dan jiwanya penuh dengan sifat keutamaan. (more…)

  • Kelebihan Bulan Ramadhan

    Kelebihan Bulan Ramadhan:

    Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari seksa kubur), bulan penuh keberkatan, di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan, amal sunat sama dengan solat fardhu, manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda, Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga, bulan menambah rezeki, memberi buka banyak pahala, bulan keampunan, doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa dan juga doa pada sepertiga malam, 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan pengampunan dan 10 hari terakhir kemerdekaan api neraka. (more…)