Blog

  • Kewajipan Solat

    Pengertian Sembahyang

    Pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan. Dari segi syara’ pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ibadah sembahyang menjadi wajib kerana telah disabitkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama’. Firman Allah, “Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan”.
    (Al-Haj : 78) (more…)

  • Akibat Derhaka Pada Ibu

    Diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di sebuah negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya.Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya,ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum di serata negeri itu.Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang,di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang. (more…)

  • Kisah Empat Imam

    1 – Imam Ahmad Bin Hambal Dipenjarakan

    Ahmad bin Muhammad bin Hambal. Beliau adalah Imam yang keempat dari fuqahak Islam. Beliau memiliki sifat-sifat yang luhur dan tinggi. Ahmad bin Hambal dilahirkan di Baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164H. Beliau termasyhur dengan nama datuknya Hambal, kerana datuknya lebih masyhur dari ayahnya. (more…)