Dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah SAW. Selesai solat, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda SAW tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sejadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” (more…)
Blog
-
Buraq Kenderaan Nabi Muhammad SAW
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.” Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku.” (more…)
-
Doa Pelindung Dari Fitnah Dajjal
Ya Allah, ampunkanlah sekalian dosa – dosaku yang awal dan akhir, yang telah ku keterlaluan dan yang nyata dan sembunyi, hanya Engkau yang lebih tahu dosa – dosaku. Ya Allah, lindungilah aku dari bencana orang – orang yang hidup dan mati, dari azab kubur dan neraka, dan dari bencana kejahatan dajjal. Wahai Allah yang mengubah hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu (Islam) dan taat kepadaMu, tiada tuhan selainMu, aku ini selalu berlaku zalim. (Maka ampunkanlah aku). (more…)


