Semua wanita, dalam proses pendewasaan, sudah tentu akan mengalami tempoh datang bulan. Kebiasaannya ianya adalah prnanda aras bahawasanya wanita tersebut telah tiba waktu perubahan hormon kearah dewasa. Namun begitu, walaupun datang bulan atau lebih dikenali sebagai haid ini merupakan proses normal, ianya bukanlah sentiasa sempurna. Pelbagai masalah yang dialami setiap kali datang haid dan salah satu daripadanya adalah kawalan haid yang tidak teratur. Tahukah anda kenapa ianya berlaku?
Haid tidak lawas atau tidak teratur seringkali dikaitkan dengan tahap kesihatan seseorang. Walaupun ianya tidak dikongsikan secara umum, memang ramai yang mengalami masalah ini. Ini adalah berpunca daripada peningkatan usia ataupun masalah hormon yang tidak stabil. Perlu ambil berat padal ini, kerana kawalan aturan haid yang stabil adalah untuk menentukan tahap kesuburan wanita, kalau haid tak stabil, macam mana nak tahu kita benar-benar subur? Jawapannya, anda perlu tahu aturan haid yang normal dan tidak normal. Kalau dalam sebulan tu ada datang bulan dua kali ataupun sebulan haid datang lambat, wajib ambil tahu kenapa. Selain itu, masalah haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan penyusuan susu badan bagi ibu yang baru melahirkan ataupun boleh berpunca daripada anda sedang hamil, kalau haid tak teratur disebabkan oleh ini, tak perlu risau kerana ianya normal ya.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Haid tidak teratur bukan lagi masalah yang asing, setiap wanita pernah alaminya. Sekiranya anda seorang yang sibuk bekerja dan menghadapi strrss setiap hari, tekanan emosi disebabkan oleh pekerjaan ataupun aktiviti harian juga boleh menyebabkan haid tidak teratur. Kegiatan fizikal berlebihan melebihi potensi harian wanita juga boleh menyebabkan haid tidak lawas. Sekiranya ini berlaku, sebaiknya anda kawal stress harian anda dengan amalan gaya hidup yang lebih sihat. Ini kerana sistem sirkulasi badan tidak dapag memproses dengan baik untuk rembesan hormon wanita lalu merencatkan proses ini menjadikan kawalan haid anda tidak teratur. Oleh itu, kawal emosi anda dan kekalkan amalan gaya hidup yang sihat. Jika perlu, kurangkan aktiviti lasak sebaliknya digantikan dengan aktiviti yang lebih menenangkan seerti membaca ataupun mendapatkan hobi baharu seperti menggubah bunga ataupun menjahit yang boleh memberi impak positif kepada perkembangan minda.
Ubatan seperti pil ataupun jamu juga boleh merencatkan pertumbuhan hormon untuk mengatur haid dengan baik, sekiranya anda ingin mengelakkan masalah haid tidak teratur ini, sebaiknya dihentikan suplemen ataupun pil-pil tertentu terutamanya yang dikhususkan untuk kecantikam agar dapat mengembalikan kitaran haid dengan normal, lebih-lebih lagi kalau anda wanita yang sudah berkahwin dan merancang untuk hamil, tahap kesuburan yang tinggi meningkatkan lagi potensi untuk hamil.
Bagi dalaman pula, haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh anda mempunyai penyakit-penyakit tertentu seperti diabetes, obesiti, masalah kelenjar tiroid, ketumbuhan dan juga Polycystic Ovarium Syndrome dimana ada halangan atau pembentukan di rahim yang merencatkan pertumbuhan hormon untuk mengawal haid. Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah tersebut, segeralah mengubah diet pemakanan, mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kesihatan wanita agar dapat mengembalikan kesuburan anda dengan aturan haid yang normal. Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah digalakkan agar anda sentiasa menerima rumusan dan keputusan yang lebih baik akan kawalan aturan haid anda.