Safar mar'ah merupakan satu isu yang amat menarik untuk diperbincangkan dan diberi perhatian oleh semua pihak. Walaupun sebenarnya kini ia seolah-olah sudah tenggelam dalam kemelut kesibukan manusia menjuruskan diri dalam era teknologi maklumat.
Diriwayatkan daripada Ummu Hamidah isteri kepada Abu Hamid As-Sa’idi, sesungguhnya Ummu Hamidah telah datang kepada Nabi Muhammad SAW, “ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku amat menyukai untuk bersolat bersama-sama kamu.” Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya :
قد أنك تحب الصلاة معى وصلاتك فى بيتك خير من صلاتك فى حجرتك و خير من صلاتك فى دارك وصلاتك فى دارك خير من صلاتك فى مسجد قومك وصلاتك فى مسجد قومك خير من صلاتك فى مسجدى. رواة أحمد
Walaupun Rasulullah tidak melarang wanita untuk ke masjid tetapi baginda menegaskan bahawa solat di rumah lebih afdhal bagi wanita daripada solat di masjid. Taujihad nabawi ini menjadi dalil bahawa Islam amat menyukai wanita menetap di rumah. Sekiranya Islam menggalakkan wanita keluar daripada rumah, nescaya baginda manggalakkan wanita berkunjung ke masjid kerana masjid merupakan tempat yang paling selamat dan aman daripada fitnah bagi seseorang wanita jika dibandingkan dengan tempat yang lain.
Peraturan yang ditetapkan oleh Islam supaya wanita melazimi rumah bukan bermakna Islam menegah secara mutlak seseorang wanita itu keluar daripada rumah. Islam mengharuskan wanita keluar daripada rumahnya hanya untuk memenuhi hajat dan keperluannya dengan syarat mereka menjaga batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syara’ ke atas mereka.
Sekiranya kita soroti arus kemodenan dan ketamadunan dewasa ini memang kita dapati wanita keluar daripada rumah dengan pelbagai sebab, antaranya untuk melengkapkan thaqafah dan ilmu pengetahuan, bekerjaya, berpesatuan dan sebagainya. Mereka telah diberi peluang seluas-seluasnya untuk mencernakan bakat, kekreatifan dan kemahiran dalam bidang yang mereka minati dan ceburi berlandaskan hudud-hudud Ilahi. Namun demikian Islam tidak sewenang-wenangnya membenarkan mereka bermusafir tanpa memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syara’. Kita melihat dalam bidang kerjaya seseorang wanita perlu mematuhi segala ketetapan yang telah ditentukan bertunjangkan Al-Quran, As-Sunanh dan Maqasid Syariah:
• Hendaklah wanita tersebut mendapat keizinan daripada walinya (bapa atau datuk) atau suaminya untuk keluar bekerja.
• Pekerjaan yang hendak dilakukan itu adalah pekerjaan yang diharuskan oleh syara’.
• Hendaklah melazimi adab-adab yang ditentukan oleh syara’ sebagai seorang wanita muslimah, meliputi pemakaian, gaya berjalan, percakapan, pandangan dan segala gerak geri.
• Pekerjaan tersebut tidak menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawab dan tugas-tugas asasinya terhadap suami dan anak-anak serta pengurusan rumahtangga.
• Tidak bertentangan dengan fitrah mereka yang lembut seperti bekerja sebagai buruh binaan, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki.
• Tidak menyebabkan penguasaan wanita ke atas kaum lelaki.
• Berusaha menjauhi kerja yang boleh berlaku khalwat atau ikhtilat.
Demikianlah beberapa syarat yang telah digariskan oleh para ulama. Ia mesti dijaga oleh setiap wanita yang ingin bekerja di luar. Begitu juga dengan pemerintahan, mereka mesti memastikan syarat-syarat tersebut dipenuhi dan dijalani agar tidak timbul kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan masyarakat di kemudian hari akibat pengabaian terhadap syarat-syarat tersebut. Segala syarat yang diutarakan tersebut bukan terhad di bidang kerjaya semata-mata tetapi turut merangkumi seluruh amal Islami yang dilakukan oleh kaum wanita.
DEFINISI DAN KLASIFIKASI SAFAR MAR’AH
Definisi:
Makna permusafiran dari segi bahasa yang terkandung di dalamnya ialah perpindahan dari negeri ke satu negeri atau dari satu negara ke satu negara.
Klasifikasi:
1. Permusafiran ketaatan – seperti haji dan jihad.
2. Permusafiran harus – seperti berniaga.
3. Permusafiran maksiat – menyamun.
Dalam Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali Rahimullah mengklasifikasikan permusafiran kepada empat kategori iaitu:
Musafir dalam menuntut ilmu, iaitu samada wajib atau sunat bergantung kepada ilmu tersebut adakah ia wajib atau sunat untuk dituntut.
Musafir kerana tuntutan haji dan jihad iaitu merupakan musafir kerana ibadah.
Musafir kerana ingin lari daripada perkara yang membawa keburukan kepada badan seperti taun ataupun keburukan pada harta contohnya seperti harga tepung yang mahal atau apa sahaja yang seumpama dengannya.
Kemudian Al-Imam mengatakan pula bahawa safar terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Musafir yang dikeji.
Haram: contohnya hamba yang melarikan diri daripada tuannya dan lari kerana derhaka kepada kedua ibubapa atau salah seorang daripadanya.
Makruh: contohnya lari dari negara yang dilanda taun.
2. Musafir yang terpuji.
Wajib: contohnya menunaikan haji dan menuntut ilmu yang mana ia adalah suatu kefardhuan ke atas setiap muslim.
Sunat: contohnya menziarahi ulama dan warisan ulama silam.
3. Musafir yang diharuskan.
Contohnya keluar bermusafir untuk memenuhi keperluan hidup seperti berniaga dan mengajar dan sebagainya.
Dalam kitab Mufassal Fii Ahkam Al-Mar’ah menjelaskan bahawa permusafiran wanita semata-mata kerana menuntut ilmu adalah diharuskan samada menuntut ilmu dunia atau ilmu akhirat. Walaubagaimanapun ia menjadi wajib sekiranya berkaitan dengan fardhu kifayah dalam keadaan tiada seorang pun mempelajarinya dalam sesebuah negara ataupun bandar. Antara syarat untuk wanita bermusafir:
• Bermusafir untuk keperluan atau kemaslahatan mengikut syar’ie, maka wanita dibolehkan bermusafir walaupun melepasi sempadan sesebuah negara. Ketika itu juga tiada sekumpulan manusia yang dapat menyampaikan ilmu yang diperlukan itu. Contohnya dalam perubatan sakit puan penglibatan wanita adalah amat dituntut.
• Permusafiran tersebut mestilah ditemani oleh mahramnya atau suaminya sekiranya telah berkahwin, tidak memadai oleh sekumpulan wanita yang dipercayai mengikut pendapat sesetengah ulama dengan berhujahkan bahawa wanita yang dipercayai itu hanyalah mempunyai ikatan persaudaraan dalam aqidah bukannya mempunyai hubungan persaudaraan darah. Berbeza juga dalam bab haji yang terikat pada tempoh-tempoh tertentu sedangkan menuntut ilmu memerlukan jangka masa yang panjang dan pemerhatian daripada mahramnya memang sewajarnya dilakukan.
Dalam tafsir Al-Qurtubi sekitar ayat 100 daripada Surah An-Nisa’ dalam masalah ke-5 menyebut bahawa ulama telah mengkategorikan permusafiran tersebut kepada dua kategori iaitu situasi dan tuntutan:
SITUASI
1. Hijrah iaitu keluar dari negara musuh ke negara Islam atau keluar dari tempat peperangan ke tempat yang aman sejahtera. Ia merupakan perkara fardhu semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan hijrah sebegini masih lagi difardhukan hingga hari kiamat.
2. Keluar dari negara yang mengamalkan bidaah.
3. Keluar dari negara yang banyak mengamalkan perkara yang haram. Adapun keperluan kepada yang halal merupakan perkara fardhu ke atas setiap muslim.
4. Lari daripada kebinasaan kepada badan.
5. Bimbang dijangkiti penyakit dalam sesebuah negara yang diserang wabak penyakit kecuali taun kerana Allah SWT telah melarang kita dari lari daripada penyakit taun.
6. Lari kerana takut kebinasaan pada harta. Sesungguhnya harta muslim itu haram dimusnahkan seperti haramnya darah seorang muslim.
TUNTUTAN
1. Musafir untuk mencari pengalaman dan kematangan hidup.
2. Musafir untuk menunaikan haji.
3. Musafir untuk jihad fii sabilillah.
4. Musafir untuk mencari rezeki atau menyambung kehidupan.
5. Musafir untuk menjalankan urusan perniagaan.
6. Musafir untuk menuntut ilmu dan menambahkan thaqafah.
7. Musafir untuk menziarahi sahabat semata-mata kerana Allah SWT.
HUKUM SAFAR MAR’AH
Sebelum kita mengupas tajuk di atas kita perlu mengetahui bahagian-bahagian safar terlebih dahulu. Bahagian-bahagiannya ialah:
• Safar wajib
• Safar sunat
• Safar harus
SAFAR WAJIB
Iaitu safar untuk menunaikan fardhu haji, sebahagian ulama menyatakan bahawa jihad dan menuntut ilmu juga dikira sebagai musafir wajib. Pendapat-pendapat ulama dalam masalah ini:
Al-Hanafiah – perempuan yang hendak menunaikan haji disyaratkan bersama suami atau mahramnya. Jika tiada suami atau mahram, perempuan tersebut tidak diwajibkan menunaikan haji.
Al-Jaafariah – tidak disyaratkan bersamanya suami atau mahram ketika safar tetapi disyaratkan adanya aman dan thiqah jalan. Oleh itu, seseorang perempuan boleh menunaikan haji seorang diri tanpa suami atau mahram jika aman.
Hanabilah - disyaratkan adanya suami atau mahram. Jika seseorang perempuan bermusafir untuk menunaikan haji tanpa suami atau mahram, hukumnya berdosa tapi hajinya sah.
Az-Zaidiah - adanya suami adalah syarat untuk menunaikan haji tetapi bukan syarat wajib (sekiranya syarat wajib cukup, perempuan tersebut tidak boleh bermusafir kerana syarat untuk melaksanakan haji belum sempurna walaupun syarat wajib telah cukup). Ini bermakna dibolehkan mengerjakan haji pada tahun hadapan sekiranya ada mahram atau suami. Syarat tersebut hanya tertakluk kepada perempuan muda.
Az-Zohiriah – perempuan yang tiada suami atau mahram wajib melakukan haji kerana umum ayat maka berdosa sekiranya dia tidak menunaikan haji berdasarkan ayat tersebut.
Imam Malik – tidak disyaratkan perempuan tersebut bersama suami atau mahram yang dithiqahi bahkan disyaratkan aman bagi dirinya. Adalah makruh bagi seorang wanita yang bermusafir sehari semalam tanpa mahramnya tetapi dibolehkan wanita itu menunaikan haji bersama sekumpulan wanita dan orang-orang yang dipercayai sekalipun mereka bukan mahram bagi wanita tersebut.
As-Syafie – tidak wajib haji ke atas perempuan melainkan ada bersamanya suami, mahram atau perempuan yang dithiqahi kerana membawa keamanan dalam permusafirannya.
SAFAR SUNAT
Iaitu samada haji dan umrah sunat, ziarah menziarahi, urusan perniagaan dan sebagainya. Menurut pendapat ulama:
Segolongan ulama menyatakan harus seseorang wanita keluar bersama sekumpulan wanita yang dipercayai.
Jumhur ulama menegaskan tidak harus kecuali bersama suami atau mahram berdasarkan hadis-hadis yang sahih.
Al-Qadhi menyatakan bahawa ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh keluar bermusafir selain daripada haji dan umrah tanpa mahram kecuali untuk tujuan hijrah dari negara kafir ke negara Islam.
Al-Qadhi Iyadh menyatakan tidak boleh perempuan muda tanpa mahramnya adapun perempuan tua yang telah mengalami putus haid boleh bermusafir pada bila-bila masa tanpa suami atau mahramnya. Pendapat ini turut disokong dalam kitab Al-Qura yang dikarang oleh Mustafa Al-Hilbi.
SAFAR HARUS
Contohnya musafir kerana melancong ke sesebuah tempat. Safar harus ada dua keadaan:
Bermusafir secara berkumpulan samada ditemani oleh perempuan yang dipercayai atau suaminya.
Musafir seorang diri.
Musafir bersama orang lain (bukan suami atau mahram); hukumnya jika terdapat bahaya disepakati oleh ulama hukumnya haram. Sekiranya tiada mudharat, maka di dalam masalah ini terdapat kekhilafan yang akan kita perbincangkan. Jumhur ulama tidak membolehkan perempuan dalam safar harus kerana berdasarkan hadis-hadis yang sorih (jelas).
Syeikh Sya’rawi, Dr. Yusof Al-Qardhawi dan Syeikh Abdullah Jabra’in iaitu salah seorang ahli Majlis Fatwa Saudi menyatakan boleh dan ia tidak haram. Kata Syeikh As-Sya’rawi, “Apabila keamanan terjamin melalui mana-mana cara atau wasilah, tidak dihalang bagi seorang perempuan untuk bermusafir sekalipun seorang diri terutama di zaman ini, di mana sistem pengangkutan amat menyelesakan serta wujud ciri-ciri keselamatan ke atas maruah dan adab kesopanan seorang perempuan”. Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata di dalam كيف نتعامل مع السنة dan والصحوة الإسلامية بين الجحود والتطرف, “Apabila kita melihat kepada safar pada zaman ini dengan segala kemudahannya, kita akan mendapati ia seperti kapal terbang yang dapat memuatkan beratus-ratus penumpang yang membawa manusia dari satu negara ke satu negara yang lain dalam waktu yang singkat. Oleh yang demikian, tidak perlu dibimbangkan tentang keselamatan seseorang perempuan apabila kaum keluarganya menghantar ke lapangan terbang dan perempuan itu disambut oleh kaum keluarganya di destinasi yang ditujunya. Tambahan pula perempuan itu menaiki kapal terbang bersama penumpang yang dithiqahi.
Perkara ini telah ditegaskan oleh kebanyakan fuqaha di dalam safar wanita untuk menunaikan fardhu haji, di mana mereka mengharuskan perempuan bermusafir untuk menunaikan haji bersama perempuan-perempuan atau rombongan yang dithiqahi. Maksud Dr. Yusof Al-Qardhawi sebagaimana ulama yang lain membolehkan perempuan bermusafir tanpa mahram atau suami jika terjamin keamanannya.
Syeikh Jabrain menyatakan terdapat hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram kerana pada zaman Nabi untuk pergi ke suatu tempat memerlukan seseorang itu merentasi padang pasir dan keadaan ini membahayakan kepada seorang wanita. Pada zaman sekarang keadaan sudah jauh berbeza. Oleh itu bolehlah perempuan bermusafir tanpa mahram jika terjamin keamanannya.
Pendapat Ustaz Nuruddin Hafizohullah, jika kita membaca buku karangan beliau tentang safar mar'ah, kita boleh membuat kesimpulan bahawa beliau berpegang teguh kepada zahir hadis yang melarang perempuan bermusafir tanpa mahram secara mutlak. Hadis-hadis tersebut adalah hadis yang kuat dan sorih.
Adakah ia disepakati oleh 4 mazhab?
Setakat yang kita temui, pendapat yang melarang perempuan yang bermusafir tanpa mahram atau suami adalah pendapat jumhur ulama. Ia terdapat di dalam kitab Ahkamul Ahkam Bisyarhi Umdatul Ahkam oleh Ibnu Daqiq Al-Aid:
قال بعض المالكية لفظا المرأة – لا يحل لإمرأة تؤمن بالله واليوم الأخر ان تسافر مسيرة يوم وليلة إلا معها حرمة
Ini dikhususkan untuk perempuan muda sahaja. Bagi perempuan tua yang tidak diingini ia tidak termasuk di dalam larangan tersebut. Oleh itu perempuan tua boleh bermusafir ke mana-mana sahaja yang diingini walaupun tanpa suami atau mahram dengan syarat keselamatannya terjamin.
Imam Syafie juga bersetuju dengan pendapat ini dan mengatakan perempuan boleh bermusafir dalam keadaan aman tanpa berhajat kepada seseorang pun untuk bersamanya samada suami ataupun mahram dengan syarat ia bersama-sama rombongan.
Berbalik kepada soalan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang membolehkan wanita bermusafir tanpa mahram dan suami dalam keadaan aman itu, mereka berpegang kepada ilah hukum iaitu Rasulullah melarang perempuan bermusafir tanpa suami atau mahram disebabkan perempuan mudah diganggu.
Hukum: Haram bermusafir
Ilah : Diganggu
Di dalam masalah ini ulama membuat satu kaedah iaitu:
العلة تدور مع الحكم وجودا وعدما
Ilah itu akan berjalan dari segi ada atau tiada; ada ilah ada hukum, tiada ilah maka gugur hukum. Tiada bahaya boleh musafir, ada bahaya haram bermusafir.
Adapun mereka yang berpegang kepada zahir nas, hukumnya tetap haram samada ada kemerbahayaan atau tidak.
Perlu diketahui bahawasanya kedua-dua golongan di atas yang berpegang kepada zahir nas memerlukan tidak mungkin dapat menyelesaikan kekhilafan yang berlaku di antara mereka. Ini menentukan تعبدى atau معقول المعنى kepada ijtihad, maka lain mujtahid lainlah ijtihadnya.
Fatwa Dr. Yusof Al-Qardhawi: Ia adalah sesuatu fatwa yang mempunyai sandaran berdasarkan kepada Usul Feqah yang melibatkan perkara roh tasyri’. Kita yang jahil tentang perkara ini jangan terlalu berani mengatakan fatwa ini ditolak oleh ulama atau Dr. Yusof Qardhawi orang yang kurang thiqah atau lain-lain.
Kesimpulannya, perkara yang disepakati ini adalah dalam masalah safar harus. Sekiranya membawa mudharat kepada perempuan itu dalam musafirnya samada bersama suami, mahram atau perempuan-perempuan yang dithiqahi, maka hukumnya haram. Perkara khilafnya, jika aman maka berlaku kekhilafan di kalangan ulama. Wallahuallam.
PENDAPAT DR. YUSOF AL-QARDHAWI
Hukum yang asal di dalam syarat Islam, seseorang wanita itu tidak boleh bermusafir seorang diri, bahkan wajib ditemani oleh suami atau ada mahram bersamanya.
Hadis Rasulullah SAW “Wanita tidak boleh bermusafir melainkan ada muhrim bersamanya”. Sebuah hadis marfu’ daripada Abu Hurairah pula bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat bermusafir satu hari satu malam dalam keadaan tidak ada muhrim bersamanya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada Abi Said, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Haram bagi seorang wanita yang bermusafir selama dua hari tanpa ditemani oleh suami atau mahramnya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebuah hadis lain daripada Ibnu Umar ra bermaksud “Janganlah kamu (wanita) bermusafir selama 3 malam tanpa ditemani mahram”. (riwayat Muttafaqun ‘alaih).
Manakala Abu Hanifah menguatkan hadis Ibnu Umar yang terakhir dengan pendapat bahawa tidak perlu ada mahram kecuali untuk perjalanan yang membolehkan sembahyang qasar.
Hadis-hadis ini merangkumi semua aspek samada musafir yang wajib atau musafir kerana berziarah, berniaga, menuntut ilmu dan sebagainya.
PENDAPAT ULAMA
Sebahagian daripada ulama berpegang dengan zahir hadis yang telah disebut bahawa haram bermusafir tanpa mahram sekalipun musafir untuk menunaikan haji yang difardhukan dan tidak ada pengecualian di dalam masalah ini.
Sebahagiannya pula mengecualikan wanita tua yang tiada syahwat sebagaimana pendapat Al-Qadhi Abi Al-Walid Al-Yaji yang bermazhab Maliki. Pendapat ini disokong oleh Ibnu Daqiq Al-‘Id, asalkan mereka (wanita tua) menjaga syarat-syarat yang menjadi kebiasaan bagi wanita.
Ibnu Muflih dalam bukunya Al-Furu’ berpendapat bahawa wanita yang aman di tengah jalan boleh menunaikan haji tanpa muhrim. Ini dikhususkan bagi musafir yang wajib. Pendapat ini diambil oleh Al-Karabisi daripada Imam Syafie dalam bab haji sunat. Sebahagian ulama pula menyatakan boleh juga pada perjalanan yang tidak wajib seperti berziarah atau berniaga.
ما رواه البخارى وغيره عن إبن عباس رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلام لا تسفر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا معها محرم
عن ابى هريرة مرفوعا : لا يحل مرأة تؤمن بالله واليوم الأخر أن تسافر فى مسيرة يوم وليلة ليس معها محرم
عن إبن عمر : لا تسافر ثلاث ليال إلا ومعها ذو محرم
ADAB-ADAB BERMUSAFIR
Disunatkan wanita yang bermusafir bermesyuarat dengan orang yang dithiqahi (dipercayai dan dikagumi) kerana agamanya, pengalamannya dan ilmunya tentang musafir. Bukan tertakluk kepada tujuan asal bermusafir kerana haji, umrah, ziarah dan sebagainya. Dan sewajibnya orang yang dithiqahi itu berperanan untuk menasihati tanpa dibayangi oleh hawa nafsu dan keberuntungan diri. Sesungguhnya bermesyuarat itu lebih membawa kebaikan dan kesempurnaan apatah lagi agama itu adalah nasihat.
Apabila berazam untuk bermusafir maka seharusnya bagi musafir untuk beristikharah kepada Allah SWT. Mafhum hadis: “Daripada yang membahagiakan anak Adam ialah istikharah kepada Allah (perkara yang dipilih oleh Allah) dan daripada perkara yang menyusahkan anak Adam ialah meninggalkan apa yang dipilih oleh Allah”.
Istikharah ini bukan kepada tujuan yang dimaksudkan daripada musafir kerana hukumnya dimaklumi. Sesiapa yang ingin beristikharah hendaklah sembahyang dua rakaat kemudian hendaklah berdoa dengan doa yang masyhur kemudian melapangkan dadanya selapang-lapangnya dengan tidak berdasarkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Hendaklah sentiasa mengulanginya sehingga terhasil kelapangan tersebut.
Menggabungkan antara istikharah dan istisyarah (nasihat orang yang thiqah) adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua cara tersebut maka pilih istikharah. Tidak patut menyandarkan istikarah kepada sesuatu yang lain seperti kata-kata nujum atau melihat kepada bulan bintang.
Apabila tetap keazamannya untuk bermusafir maka mulailah dengan bertaubat daripada dosa-dosa kemaksiatan sebagaimana termaktub syaratnya di dalam kitab feqh iaitu bertaubat sebelum bermusafir.
Meninggalkan sesuatu untuk keluarganya dan sesiapa yang lazim baginya menafkahinya, nafkahkan mereka sehingga kembalinya daripada musafir dan tidak mengambil baki nafkah dan segala pembiayaannya kecuali dengan baik dan halal. Dan hendaklah mengambil sesuatu yang menyenangkannya dan sahabatnya ketika musafir.
Hendaklah meminta keredhaan ibubapa dan memohon daripada keduanya keizinan untuk bermusafir. Sekiranya dia seorang isteri, hendaklah meminta izin daripada suaminya dan kaum kerabatnya. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak musafir seorang perempuan kecuali dengan izin suaminya”. Dan haram bermusafir dalam edah sebelum berakhir tempoh edahnya.
Disunatkan baginya untuk mencari seorang teman yang soleh penyuruh kepada kebaikan dan penegah kepada keburukan. Sekiranya dia lupa akan diperingatkan dan sekiranya diperingatkan pasti akan menolongnya. Lebih mudah sekiranya dia seorang ahli ilmu kerana ilmu itu adalah sebagai satu nikmat dan cagaran sebagai pedoman perjalanan.
Sunat untuk bermusafir pada hari Khamis sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Nabi SAW keluar pada peperangan Tabuk pada hari Khamis, sesungguhnya baginda menyukai keluar pada hari Khamis”. Sekiranya luput, maka pada hari Isnin. Sekiranya luput, maka pada hari Sabtu. Disunatkan keluar pada waktu pagi sebagaimna diriwayatkan daripada hadis Sakhar Al-Ghamidi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Wahai Tuhanku berkatilah umatku pada paginya baginda apabila menghantar tentera, baginda menghantarnya pada awal pagi”. Manakala Sakhar pula adalah seorang pedagang dan beliau mengirim barang dagangannya pada awal hari. Sesungguhnya dia seorang yang kaya dan banyak hartanya.
Sunat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya, jirannya dan teman-teman agar mereka mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila ingin bermusafir, baginda datang kepada sahabatnya lalu mengucapkan salam ke atas mereka dan apabila kembali daripada musafir, mereka datang kepada baginda dan mengucapkan salam ke atas baginda. Maka sunat bagi orang yang hendak bermusafir untuk mengucapkan selamat tinggal dan memperoleh doa daripada mereka kerana ia merupakan contoh tauladan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Patut baginya untuk sentiasa ditemani oleh enam benda. Daripada Aisyah ra “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika bermusafir selalu membawa bersama-sama baginda beberapa benda iaitu cermin, celak, gunting, sugi dan sikat. Dalam riwayat lain pula menyatakan bahawa enam benda iaitu cermin, buli-buli (bekas air), gunting, celak, sugi dan sikat.
Sunat apabila hendak keluar daripada rumah bersembahyang dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama selepas fatihah, Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Surah Al-Ikhlas.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak meninggalkan seseorang akan keluarganya terlebih afdhal daripada dua rakaat di sisi mereka ketika musafir”.
Disunatkan membaca ayat Qursi selepas salam dan Surah Al-Fiil. Telah datang Atsar daripada Salaf “Sesiapa yang membaca ayat Qursi ketika keluar rumah tidak akan menimpanya sesuatu yang mencelakakannya sehinggalah dia kembali ke tempat tinggalnya”.
Sepatutnya bagi si musafir untuk bersedekah ketika keluar, begitu juga dia lakukan di antara setiap pihak yang berhajat padanya atau hajat yang hendak ditunaikannya atau ketakutan yang hendak ditenangkannya atau selain daripada itu kerana yang demikian itu padanya dapat menghasilkan maksud dan menolak kemudharatan.
Rujukan:
1. احكام السفر للنسأ – عمرو عبد المنعم سليم
سفر المرأة – محمد نور الدين مربو بنجر المكى.2
صحيح مسلم بشرح الإمام النووى.3
إحيأ علوم الدين – للغزالى.4
سبل السلام - للغمام محمد بن إسماعيا اليمن الضعانى.5
نيل الأوطار – الإمام السؤكانى.6
فتاوى المعاصرة – الدكتور يوسف القرضاوى طه.7
من وصايا الرسول (ص) – طه عبدالله العفيفي م الثانى.8
المفصل فى الأحكام المرأة – الدكتور عبد الكريم زيدان.9
قضايا المعاصرة سفر المرأة – الأستاذ ترميذى طه.10
Wallahu'alam....







Manusia yg buta tentang Islam berebut2 utk masuk Islam
setelah mengetahui kebenarannya tetapi manusia Islam
yang buta Islam berebut2 utk memilih neraka..(murtad)
Hidayah Allah 1400 tahun dah termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah….hanya manusia saja lalai dan leka mengejar dunia yang fana….
Subhanallah….Islam agamaku…hidayah Allah, hidayah yang terindah…Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!!
Sy juga salah seorg umat kristian katolik, sy sukar ingin masuk islam kerana keluarga sy sgt anti islam sehingga kini sy tetap juga menyimpan keinginan masuk islam tapi pa yang sy boleh lakukan hanya berdoa kpd Allah. Sy ingin lari dari rumah seperti mana keberanian beliau akan tetapi sukar untuk sy berbuat demikian, apakah sy perlu buat?
Subhanallah….Allah memberikan hidayah Islam untuk anda…bersegeralah….apa yang boleh saya katakan…Doreen Elbert perlu berjumpa dengan ustaz2 atau jamaah2 Islam yang berdekatan ditempat anda, cuba terang kepada mereka situasi keadaan Doreen Elbert, InsyaAllah mereka akan membantu, memang menjadi tanggungjawap umat Islam tidak kiralah siapapun, wajib membantu saudara baru yang inginkan Islam (( untuk sementara waktu rahsiakan perkara ini dahulu dari pengetahuan keluarga untuk menjaga hubungan kekeluargaan dari pertelingkahan))… Allah dah bukakan pintu hidayahnya, berusahalah bersungguh2 InsyaAllah hidayah Islam itu milik anda…. @ anda hubungi di sini untuk meminta bantuan : http://www.perkim.net.my/ dan soal jawab tentang Masuk Islam http://www.perkim.net.my/ques_ans.cfm?cat=1
Mengucaplah Dua Kalimah Shahadah
1. ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH
2. WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH
Ertinya ;
AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG TERAKHIR.
Mengucap dua kalimah shahadah ialah pengislaman. Upacara pengislaman dibuat atau diadakan di dalam suasana yang amat berbeza daripada yang lain-lain. Mengucap dua kalimah shahadah adalah hasil seseorang yang mencari Allah S.W.T. Dengan penerimaan shahadah itu, beliau telah dapat bertemu Allah S.W.T. dan telah menjadi tetamu Allah S.W.T. Dan orang itu telah menjadi seorang Muslim, seterusnya dia akan mempelajari agama Islam dan hidup dengan cara Islam.
Wallahu’alam….
Setuju dua duanya. Peraturan demi ketetriban dan kerapihan, juga view yang anda sebutkan. Pada dasrnya safety itu berdiri di atas kerapihan, kebersihan, ketetriban, ringkas, dan didukung disiplin yg tinggi sehingga menjadi budaya Hasilnya adalah safety
awak hanya perlu beriktikad dalam hati dan berikrar yg tiadanya tuhan selain Allah SWT,dan nabi muhammad itu persuruh Allah.itu sahaja,sambil mengamalkan apa yg disuruh dan menidakkan apa yg dilarang dalam al quran.sunah nabi pula,awak jadikan panduan dalam aktiviti seharian awak.yakin lah,Allah akan membantu awak kerana janji Allah itu benar.selainnya terserah kepada Allah,kerana seperti mana yg disebut oleh Allah dalam Al Quran,dia mengilhamkan kepada kita 2 jalan,jalan yg lurus dan juga jalan fasik..itu lah ujian kita…
Sesungguhnya hidayah Allah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Semoga kita sentiasa dibawah petunjukNya….Aminnn….
alhamdulillah …
saya langsung tidak percaya dengan kesaksian ini..semuanya direka2. ataupun aliran agama kristian yg anda anuti selama ini adalah aliran yg sesat kerana mempunyai banyak Tuhan dan disembah dalam bentuk patung. bukankah Alkitab sendiri menyatakan tidak boleh membuat apalagi menyembah patung? jadi mengapa kamu mengikut perintah/undang2 gereja yg sesat? saya seorang Kristian tetapi kesaksian anda tentang Kristian disini amat terpesong dari ajaran Alkitab itu sendiri tidak seperti yg disarankan Tuhan Yesus. Dan ketahuilah kita hanya dapat memaafkan dan mengampuni kesalahan yg orang tehadap kita sebab kita jangan menyimpan dendam tetapi yang menghapuskan dosa adalah Tuhan bukan manusia. Bagi semua manusia saya ingin memberitahu bahawa agama apa pun tidak menyelamatkan, hanya Tuhan Yesus yg menyelamatkan jadi hiduplah didasari dengan Firman Tuhan bukan ajaran atau undang2 yang ditambah2 oleh manusia.
Buat ncik anak tuhan..
Ncik mengakui kalaw kristen ustad tajudin adalah kristen sesat dan karena dalam alkitab ncik menyembah satu tuhan..
Tapi mengapa ada tuhan anak(yesus kristus) tuhan bapa(allah) dan tuhan ibu (mariam/siti mariam,ibunda yesus)
Aku mau ber tanya nih,,sama ncik anak tuhan,
1.kalaw yesus tuhan,,jadi tuhan allah itu siapa nya tuhan??
2.Kalaw bunda maria itu tuhan,,kenapa bukan dia aja yang menyebarkan keristen,,kok pakai nunggu yesus lahir untuk nyebarkan agama kristen??ataw bunda maria atu bukan kristen sama sekali sampai dia meninggal??saya tidak pernah menemukan ayat alkitab membahas tentang bunda maria mengajarkan firman tuhan??jadi apakah benar di dalam kristen bunda maria juga di anggap tuhan??kalaw benar bunda maria salah satu bagian tri tunggal kristen, mangapa tidak ada ayat tentang bunda maria mengajarkan manusia tentang ajaran kristen??setau saya tuhan tidak mungkin bodoh,,
3.Kalaw yesus anak tuhan,,berarti tuhan bisa kawin dong,,berarti tuhan juga punya nafsu terhadap manusia perempuan seperti bunda maria,,pertanyaan saya,,,mungkin kah tuhan hanya mempunyai satu anak selama jutaan tahun,,ataw yesus punya saudara ataw sawdari??kalaw tuhan bisa kawin,mungkin kah selama jutaan tahun hidup hanya punya satu anak tuhan??ataw kah tuhan bapa dan bunda maria ikut program keluarga berencana???ataw kah tuha bapa sudah di kebiri,,ataw bunda tuhan sudah monopouse?ataw bunda tuhan sudah di seterilkan??
4.Kalaw kamu bilang keristen yang di anut ex pastur thomas laiden adalah keristen sesat karena beliau menyembah banyak tuhan dan anda menyembah satu tuhan yaitu yesus kristus,pertanyaan saya,,di alkitab injil tercantum saat yesus di salib dia berdoa kepada tuhan agar mendapat pertolongan,,kepada tuhan yang mana tuhan yesus itu ber doa??jadi siapa kah tuhan sebenar nya antara tuhan yesus kristus dan tuhan allah???yang manakah tuhan yang asli menurut anda,atau menurut kristen anda yang tidak sesat??
Si bodoh Mohon penjelasandari ncik anak tuhan,,, ini hanya mencari kebenaran,,tidak ada unsur sara,,si bodoh cinta damai pice,,
1.kalaw yesus tuhan,,jadi tuhan allah itu siapa nya tuhan??
–> Satu soalan, bukan ka, tuhan itu maha kuasa. Kenapa tuhan tidak bole turun ke dunia sebagai manusia biasa? Hanya kerana kita pikir tuhan tidak boleh? Kenapa tuhan tidak bole wujud sebagai penguasa dunia dan juga sebagai manusia di dunia? Hanya kerana kita pikir tuhan tidak boleh buat begitu? Adakah kita lebih berkuasa dari tuhan sehingga kita bole mengatakan apa tuhan boleh buat dan apa tuhan tidak bole buat?
2) .Kalaw bunda maria itu tuhan,,kenapa bukan dia aja yang menyebarkan keristen?
–> satu informasi salah yg telah diajarkan kepada Muslim, Bonda Maria bukanlah tuhan. Sy tidak pernah memikirkan Bonda Maria sebagai tuhan. Jika saya sebagai org Kristian tidak percaya bahawa bonda maria itu tuhan, bagaimana pula kamu yg bukan beragama kristian mengatakan sedemikian?
3) Kalaw yesus anak tuhan,,berarti tuhan bisa kawin dong,?
Lagi satu informasi yg salah. Yg herannya kamu sebagai Muslim sepatutnya tahu bagaimana Jesus dilahirkan kerana informasi ini adalah di dlm Quran. kelahiran jesus adalah dlm Surah 3. Al-i’Imran, Ayah 45-47.
Jesus bukan dilahirkan dr hubungan suami-isteri tetapi roh kudus diturunkan ke perawan bonda maria.
4) .Kalaw kamu bilang keristen yang di anut ex pastur thomas
–> Sekali lagi di jelaskan, “TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH” adalah penipu. Ingat senang nak jadi paderi? Sangat susah terlampau banyak dugaan. Ingat senang di hantar ke vatican? Tak, kamu perlu belajar dahulu di Malaysia untuk beberapa tahun berkhidmat sebagai paderi di Malaysia, baharulah dapat ke vatican. Lagi satu tidak pernah ada lagi paderi berbangsa Suluk roman catholic di Sabah. Suluk itu bukan la bangsa Sabah malahan orang ini berkemungkinan besar adalah pendatang tanpa izin ke Malaysia…
Hai anak tuhan
Tuan, mohon izin untuk share artikel Tuan.
Silakan….
Buat yg bernama anak Tuhan: kenapa Yesus kamu dakwah sbg Tuhan yesus?kenapa Tuhan perlu menyerupai manusia?kenapa Tuhan perlu dilahirkan?..kenapa sister memakai tudung? kenapa gambar maria pun memakai tudung?..tutup mata anda dengar kata hati yg positif..jangan difokus artikel diatas yg anda pertikaikan ini bukan soal artikel itu tapi gunakan akal yg Allah beri pada kita untuk berfikir…Allah menurunkan kitab..Taurat, zabur, Injil dan yg terakhir sekali al-Quran…sila baca artikel ini…http://jalanakhirat.wordpress.com/2012/09/10/kitab-kitab-allah-swt/
anda pernah belajar membaca dan memahami tafsir al-Quran?..saya pernah membaca bible..dengan hanya serangkap ayat ja saya sudah boleh tahu ayat-ayat dalam bible tu adalah ayat yg direka oleh manusia…anda susah untuk terima kenyataan dan kebenaran kerana anda menolak kebenaran sebab kebenaran itu tidak berpihak kepada anda..anda menjadi sombong untuk menilai dan menerima hidayahNya….dalam al-Quran Allah tidak menyerupai makhluknya..Ketahuilah bahawa Pencipta alam tidak menyerupai sesuatu dari kalangan para makhlukNya..20 sifat-sifat Allah yang wajib kita ketahui (sila baca artikel ini) http://tokuban78.wordpress.com/2011/07/21/mari-belajar-sifat-20/ ……kenali fahami pelajari al-Quran dengan niat untuk mendapatkan hidayahNya..ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125)….tak kenal maka tak cinta..“Dialah Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang memiliki nama-nama yang indah. Apa yang di langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hasyr, ayat 24)…Wallahu’alam……
buat si kann: dia x cakap suluk dia cakap solok..siapa kata suluk bukan bangsa sabah?..awak tak pernah belajar sejarah ke?..belajar sejarah malaysia je kat sekolah biasalah dah kena tokok tambah…awak tak tau ke bangsa bajau dan dusun pun ada dekat filipina bcoz sabah n kepulauan filipina berhampiran zaman dulu mana ada IC mana ada sekatan keluar masuk..kebanyakan bangsa suluk ne n bajau2 ne diorang lebih pada kehidupan maritim berbanding dengan bangsa kedazan dusun lebih kepada tanaman berkebun..pernah tak bangsa kedazan dusun memerintah borneo sebelum kehadiran malaysia?…….dan artikel tu kata suluk dia kata solok…
si kann (Satu soalan, bukan ka, tuhan itu maha kuasa. Kenapa tuhan tidak bole turun ke dunia sebagai manusia biasa? Hanya kerana kita pikir tuhan tidak boleh? Kenapa tuhan tidak bole wujud sebagai penguasa dunia dan juga sebagai manusia di dunia? Hanya kerana kita pikir tuhan tidak boleh buat begitu? Adakah kita lebih berkuasa dari tuhan sehingga kita bole mengatakan apa tuhan boleh buat dan apa tuhan tidak bole buat?)
awak ada akal gunakanla akal anda…
firman Allah Ta’aala:
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thaghut.” (QS. An – Nahl: 36)
hidup ini adalah ujian Allah pada hamba-hambaNya (samada beriman kepadaNya atau sebaliknya) … dan hidup ini sementara jer x ingat mati ke..dah tau matikan..so maknanya selama kita hidup ne kita beramal ibadah padaNya untuk hari akhirat..sebab dekat akhirat nanti segala amalan dosa pahala kita akan ditimbang masuk neraka atau syurga..itu bila dah di akhirat bayangkan pula dalam alam kubur…macmana keaadaan orang yang tidak beriman dan beramal?..
Allah turunkan nabi-nabi dan rasul-rasulNya untuk memimpin dan membing manusia….kalau nabi Isa tu Tuhan dia tak perlu pun mau jadi manusia untuk menjadi penguasa di dunia..Allah dah memang berkuasa bukan pada manusia je tapi pada setiap ciptaanNya..samada haiwan tumbuhan langit bumi planet dan setiap yg ada pada langit dan bumi..Allah lahirkan nabi Isa tanpa ayah untuk menyedarkan manusia akan kekuasaaNya….
http://hadisku.wordpress.com/2010/10/27/tidak-aku-ciptakan-jin-dan-manusia-melainkan-hanya-untuk-beribadah/
Berkatalah Musa dalam munajatnya dengan Allah: “Wahai Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku, agar aku dapat melihat-Mu”
Allah berfirman: “Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cubalah lihat bukit itu, jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya sebagaimana sedia kala, maka nescaya engkau akan dapat melihat-Ku.” Lalu menolehlah Nabi Musa mengarahkan pandangannya kejurusan bukit yang dimaksudkan itu yang seketika itu juga dilihatnya hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa menghilangkan bekas. Maka terperanjatlah Nabi Musa, gementarlah seluruh tubuhnya dan jatuh pengsan. Setelah ia sedar kembali dari pengsannya, bertasbih dan bertahmidlah ia seraya memohon ampun kepada Allah atas kelancangannya itu dan berkata: “Maha Besarlah Engkau wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang yang pertama beriman kepada-Mu.”
info lebih lanjut sila la baca artikel ini
http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=nabimusaasbermunajatdenganallah.htm
sebenarnya macam saya kata tak kenal maka tak cinta..ilmu Allah itu luas..carilah pohon lah hidayahNya…
Firman Allah yang bermaksud:” “Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (al-Kahfi :109)
Wallahu’alam….
Sesungguhnya tiada paksaan dalam beragama.. kepada yang inginkan kebenaran dalam mencari Tuhan.. bukalah pintu hatimu.. biarkan kebenaran berbicara dengan sendirinya..
perkongsian yg hebat :)
sudah dijelaskan bahawa artikel tersebut adalah palsu..mohon lihat ini
http://ustaztajuddin.blogspot.com/
Kalau yesus itu tuhan bagaimana boleh mati, mati kerana ori sin @ kena bunuh yahudi, kalau tuhan pun boleh dibunuh oleh human kenapa tak sembah je yahudi sebab bunuh tuhan mesti power lebih dari god. Nak jadi tuhan perlu kriteria rujuk tafsir Al-Ikhlas
Alhamdulillah….
satu info yang brmanfaat…
smoga kita smua mndpt ptunjuk-NYA..
Truskn usaha murni anda…
smoga d brkati… INSYAALLAH……