Bani Nadhir merupakan salah satu ras Yahudi yang tinggal berjiran dengan kota Madinah. Mereka juga merupakan sekutu Khazraj. Mereka telah memetarai perjanjian dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama yang telah kami sebut sebelum ini. Namun tabiat jahat dan khianat yang berakar umbi dalam jiwa Yahudi mendorong mereka untuk melanggar perjanjian mereka. Ketika Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir, Baginda telah bersandar ke dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk membunuh Baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah Baginda. Baginda s.a.w. mengetahuinya, lantas bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan. Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir memberitahu: (more…)
Blog
-
Perang al-Ahzab
Ghazwah al-Ahzab dinamakan juga dengan Ghazwah Khandak(menggali parit). Ia berlaku pada Syawal, tahun ke-5 hijrah.
Sebabnya, apabila Bani Nadhir selesai diusir, beberapa orang ketua mereka datang ke Makkah mengajak dan mengapi-apikan Quraisy untuk memerangi Rasul s.a.w.. Quraisy telah menyahut ajakan itu. Seterusnya pemimpin-pemimpin Yahudi pergi ke Ghatfan. Di sana,Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Asyjak telah menerima ajakan mereka dan berangkat menuju ke Madinah. Apabila Baginda s.a.w. mendengar kedatangun angkatan mereka,Baginda bermesyuarat dengan para sahabat. Salman telah mencadangkan kepada Baginda supaya digali parit di sekeliling Madinah. Lalu Rasul s.a.w. memerin-tahkan agar digali parit.Baginda sendiri turut terlibat menggali parit-parit itu. (more…)
-
Perang Bani Quraizoh
Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas Ghazwah Ahzab. Ini kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan bagaimana isi hati Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Ghazwah Ahzab telah tamat sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan untuk membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka.Tujuannya agar tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi membantai dan membinasakan orang Islam.Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap belot Yahudi yang keji. (more…)


