Ghazwah al-Hudaibiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 hijrah.
Antara latar belakang peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bermimpi bahawa Baginda memasuki Baitullah al-Haram bersama para sahabatnya dalam keadaan aman dan bercukur kepala atau memotong rambut. Mereka tidak merasa takut kepada sesuatu. Maka Baginda memerintah orang ramai bersiap keluar ke Makkah bagi mengerjakan umrah dan bukan untuk berperang dengan Quraisy. Muhajirin dan Ansor telah keluar bersama Baginda didorong oleh rasa rindu untuk melihat Baitullah al-Haram setelah dihalang berbuat demikian selama enam tahun. Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi. Baginda s.a.w.meletakkan di hadapannya “Hadyu” iaitu unta dan binatang ternakan korban yang dibawa ke Baitullah al-Haram sebagai mengagung dan memuliakannya. Baginda telah berihram di satu tempat bernama Zul Hulaifah agar orang ramai khususnya Quraisy mengetahui bahawa Baginda bukan mahu berperang. (more…)


