Blog

  • Perang al-Fath

    Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah.Ia berlaku pada Ramadan,tahun ke-8 hijrah.

    Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah Arab melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.jika mereka mahu.Mereka juga bebas untuk melakukan pakatan dengan Qurasiy.Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan dengan Quraisy,sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w..Pada tahun ke-8 hijrah,Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah.Quraisy turut terlibat membekalkun harta dan senjata kepada Bani Bakar.Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w.,Baginda merasa amat marah,lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy.Namun Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya,supaya Quraisy tidak bersiap sedia.Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi tentera Islam,ia akan mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang terkorban). (more…)

  • Perang Hunain

    Ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah, beberapa hari selepas pembukaan Makkah.

    Sebabnya; apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin Hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan masalah di Makkah, Baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran itu, mereka berazam untuk memulakan dahulu peperangan dengan Baginda. Mereka telah melantik Malik bin Auf sebagai ketua. Pada hari tersebut dia baru berusia 30 tahun. Malik telah memerintahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang ternak bersama-sama ke medan perang. Dia mengarahkan demikian agar ia lebih mendorong mereka untuk terus berjuang. Bilangan pejuang mereka dalam pertempuran yang ditunggu-tunggu ini antara 20,000 hingga 30,000 orang. (more…)

  • Perang Tabuk

    Ghazwah Tabuk dinamakan juga dengan Ghazwah al-‘Usrah (Peperangan yang Susah). Ia berlaku pada Rajab, tahun ke-9 hijrah. Tabuk ialah nama sebuah tempat yang terletak di antara Wadi al-Qura di bumi Hijaz dengan Syam.

    Sebab peperangan ini ialah, Rom telah mengumpul angkatan tentera yang ramai di Syam termasuk daripada kabilah Lakhm, Juzam, Amilah dan Ghassan yang merupakan kaum Arab beragama Nasrani. Tujuan Maharaja Rom, Herkules mengumpulkan angkatan tentera tersebut adalah untuk menyerang Madinah dan menghapuskan negara yang baru terbina di semenanjung tanah Arab tersebut. Berita-berita tentang Madinah serta siri kemenangannya menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada beliau. (more…)