≡ Menu

Madu Dan Penyakit Kanser

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Madu Dan Penyakit Kanser

    Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

    Apa khabar Anda Semua ?

    Mudah-mudahan anda sekeluarga sihat dan ceria selalu. Bertemu kita pada kali ini dan topik hari ini berkisar berkenaan

    ‘MADU DAN PENYAKIT KANSER’.

    Penyakit kanser ketika ini sering menjadi buah mulut masyarakat. Tahukah anda bahawa penyakit epidimik global ini berada di kedudukan kedua di dalam statistik penyakit kronik di Malaysia selepas penyakit jantung? Sumber World Health Organization (WHO) melaporkan sebanyak 40,000 kes baru setiap tahun di Malaysia.

    Persoalan yang sering diutarakan oleh pengguna antaranya ialah:

    “Adakah madu boleh merawat kanser?”

    “Bagaimana madu boleh merawat penyakit kanser?”

    “Apakah komposisi yang terdapat di dalam madu bagi merawat kanser?”

    “Apakah bukti kajian yang telah dijalankan bagi merawat kanser?”

    Di sini EMD CONCEPTS ingin memberikan serba sedikit penjelasan berkenaan madu dan penyakit kanser.

    MADU merupakan makanan sunnah Nabi SAW, berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini.

    Sabda Nabi Muhammad SAW,

    “Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”

    – (Abu Hurairah – Sunan Ibn Majah)

    Tidak dinafikan ramai di kalangan masyarakat menderitai penyakit ini. Masih ramai yang tidak tahu khasiat madu terhadap penyakit kanser. Ini dikukuhkan lagi dengan bukti-bukti penyelidikan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di seluruh Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa!

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Madu mentah lagi asli yang tidak diproses mengandungi komponen anti-ketumbuhan dan mengandungi bahan yang mencegah Carcinogen daripada terhasil di dalam tubuh.

    Ya! Madu mentah dan asli berperanan untuk mencegah penyakit kanser!

    Apa itu Carcinogen? Carcinogen ialah apa-apa bahan dari radionuklid atau radiasi yang merupakan ejen yang terlibat secara langsung dalam menyebabkan penyakit kanser. Carcinogen berupaya untuk merosakkan genom atau gangguan proses metabolik selular tubuh.

    Terdapat satu lagi kajian berkenaan madu dan kanser di mana ia melibatkan penyakit kanser payudara. Kajian oleh Taylor & Francis Group menyatakan bahawa penggunaan madu juga memberi kesan yang sangat positif ke atas kulit pesakit kanser payudara .

    Perlu diingatkan bahawa pengambilan madu adalah langkah pencegahan penyakit kanser dan merupakan suplimen tubuh yang lengkap. Amalan pemakanan ini hendaklah mengikut tatacara pemakanan yang betul. Sekiranya seseorang itu telah disahkan menghidap penyakit kanser, adalah sangat penting untuk menerima rawatan perubatan dan nasihat pakar perubatan.

    Tips Membeli Madu :

    1) Pastikan anda memeriksa Certificate of Analysis (COA) daripada penjual atau pembekal. Periksa kandungan madu tersebut secara terperinci.

    2) Pastikan kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) madu tersebut di bawah 10mg/kg. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan madu tersebut berubah menjadi karamel akibat pemanasan yang tinggi.

    Nota: Madu keluaran EMD Concepts iaitu dbTM Acacia Mangium mempunyai COA yang sah dan kandungan HMF terendah di pasaran.

    Harapan kami agar anda semua memperoleh sedikit sebanyak maklumat seterusnya berkongsi dengan ahli-ahli keluarga.

    Untuk kesihatan dan kebahagiaan seisi keluarga, dapatkan sahaja di link ini:

    => Shopping Cart Madu Acacia Anda

    Zaman sudah serba canggih, Anda tak perlu keluar dari rumah pun untuk mendapatkannya. Kami akan hantarkan sehingga ke muka pintu!

    Tempah Madu Online

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment